{"id":14397,"date":"2026-08-15T10:12:09","date_gmt":"2026-08-15T10:12:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14397"},"modified":"2026-08-15T10:12:09","modified_gmt":"2026-08-15T10:12:09","slug":"fahmi-pkr-perlu-perkemas-cara-sampaikan-mesej-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-pkr-perlu-perkemas-cara-sampaikan-mesej-kerajaan\/","title":{"rendered":"Fahmi: PKR perlu perkemas cara sampaikan mesej kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>PKR akan memperkukuh strategi penerangan dan komunikasi bagi memastikan mesej serta pencapaian kerajaan dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata langkah itu antara perkara penting susulan beberapa usul yang dibawa perwakilan pada Kongres Nasional PKR 2026 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.<\/p>\n<p>Menurutnya, usaha kerajaan terutama dalam bidang ekonomi dan pembangunan perlu diterjemahkan dalam bentuk manfaat yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cHal ini penting untuk memperkasakan penerangan dan komunikasi. Kalau kita dengar, ramai mengatakan banyak usaha dan pencapaian kerajaan, termasuk perkara bersifat makroekonomi, mungkin belum dapat diterjemah dan dinikmati di peringkat ekonomi rumah tangga,\u201d katanya selepas meninjau bilik media sempena kongres berkenaan hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata isu penerangan dan komunikasi turut menjadi perhatian Kementerian Komunikasi, selain peranannya sebagai Ketua Penerangan PKR dan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Beliau berkata beberapa pandangan serta perubahan yang dirancang susulan usul berkaitan penerangan dan komunikasi akan dijelaskan ketika sesi penggulungan kongres esok.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Fahmi menyambut baik kesediaan ketua-ketua cabang PKR untuk memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat antara parti, kerajaan dan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengambil sikap terbuka dan bukan sekadar mengambil maklum, tetapi berterima kasih terutama kepada ketua-ketua cabang yang menyatakan mereka berhasrat memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, hubungan lebih tersusun antara cabang dan kepimpinan pusat juga penting bagi memastikan isu yang dibangkitkan di peringkat Parlimen dapat disampaikan kepada pihak di Putrajaya untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cMemang sebelum ini pun ada, tetapi mungkin mereka perlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu-isu di peringkat Parlimen diketahui oleh kami di Putrajaya dan dapat diusahakan penyelesaian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kongres Nasional PKR 2026 berlangsung ketika parti itu berdepan keperluan memperkemas komunikasi politik dan penerangan kepada akar umbi, khususnya dalam memastikan dasar serta pencapaian kerajaan dapat diterangkan secara lebih berkesan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Fahmi turut berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil pendekatan terbuka terhadap semua usul yang dibawa perwakilan, dengan perubahan perlu dimulakan daripada kepimpinan tertinggi parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR akan memperkukuh strategi penerangan dan komunikasi bagi memastikan mesej serta pencapaian kerajaan dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat. Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata langkah itu antara perkara penting susulan beberapa usul yang dibawa perwakilan pada Kongres Nasional PKR 2026 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Menurutnya, usaha [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14398,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,49,184,274,285,192,727,9,18,103],"authors":[],"class_list":["post-14397","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-kongres","tag-madani","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14397"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14397\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14399,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14397\/revisions\/14399"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14398"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14397"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}