{"id":14422,"date":"2026-08-16T05:57:34","date_gmt":"2026-08-16T05:57:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14422"},"modified":"2026-08-16T05:57:34","modified_gmt":"2026-08-16T05:57:34","slug":"doktor-terpedaya-pelaburan-online-rugi-rm558000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/doktor-terpedaya-pelaburan-online-rugi-rm558000\/","title":{"rendered":"Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000"},"content":{"rendered":"<p>Seorang doktor wanita sebuah klinik swasta di Dungun, Terengganu kerugian RM558,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang secara dalam talian, awal tahun ini.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Dungun, Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mangsa berusia 32 tahun pada mulanya berhubung dengan suspek menerusi Instagram selepas melihat iklan berkaitan pembelajaran perdagangan dan pelaburan.<\/p>\n<p>Menurutnya, mangsa kemudian diarahkan berurusan dengan seorang lagi suspek dikenali sebagai \u2018Wan\u2019 melalui aplikasi WhatsApp sebelum membuat pembayaran dan transaksi berjumlah ratusan ribu ringgit.<\/p>\n<p>\u201cMangsa diminta membayar RM300 untuk mendapatkan video berkaitan teknik perdagangan sebelum membuat 77 transaksi ke enam akaun dari 12 Januari hingga 11 Ogos berjumlah RM558,000,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Nik Ab Halim berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan itu.<\/p>\n<p>Malah, katanya, mangsa turut diminta membuat bayaran tambahan sebagai ganti rugi bagi mengelakkan tindakan mahkamah atas dakwaan melakukan kesalahan.<\/p>\n<p>\u201cSusulan itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam kes berasingan di Kuala Terengganu, seorang pesara kerajaan berusia 60 tahun kerugian RM92,781 selepas menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam talian.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, mangsa sebelum itu melihat tawaran pinjaman RM10,000 menerusi Facebook pada Jun lalu dan tertarik dengan kadar faedah rendah serta syarat pinjaman yang ditawarkan.<\/p>\n<p>\u201cMangsa menghubungi suspek melalui WhatsApp dan diminta membayar kos pengurusan. Lelaki itu membuat 86 bayaran ke 28 akaun menggunakan wang simpanan serta pinjaman daripada rakan dari 14 Jun hingga 13 Ogos,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, mangsa turut menyerahkan maklumat peribadi termasuk salinan kad pengenalan, bil utiliti, kad pencen dan akaun bank atas alasan untuk simpanan rekod.<\/p>\n<p>Suspek kemudian mengugut mangsa dengan tindakan mahkamah sekiranya bayaran tambahan tidak dibuat.<\/p>\n<p>Mangsa membuat laporan polis pada 3.39 petang semalam.<\/p>\n<p>Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang doktor wanita sebuah klinik swasta di Dungun, Terengganu kerugian RM558,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang secara dalam talian, awal tahun ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mangsa berusia 32 tahun pada mulanya berhubung dengan suspek menerusi Instagram selepas melihat iklan berkaitan pembelajaran perdagangan dan pelaburan. Menurutnya, mangsa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4690,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3759,16,1688,1008,94,34],"authors":[],"class_list":["post-14422","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dungun","tag-mcmc","tag-online","tag-penipuan","tag-polis","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14422","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14422"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14422\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14423,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14422\/revisions\/14423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14422"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}