{"id":14427,"date":"2026-08-16T06:06:39","date_gmt":"2026-08-16T06:06:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14427"},"modified":"2026-08-16T06:06:57","modified_gmt":"2026-08-16T06:06:57","slug":"rm2-58-bilion-rugi-syed-saddiq-persoal-pelaburan-th-sampai-naik-darah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm2-58-bilion-rugi-syed-saddiq-persoal-pelaburan-th-sampai-naik-darah\/","title":{"rendered":"RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai \u2018naik darah\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tujuh pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengalami kerugian 100 peratus dengan nilai keseluruhan mencecah RM2.581 bilion.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara itu didedahkan menerusi jawapan bertulis Menteri Kewangan di Dewan Rakyat berhubung pelaburan TH yang mengalami kerugian penuh.<\/p>\n<p>\u201cBaru dapat jawapan bertulis dari menteri berkenaan tujuh pelaburan Lembaga Tabung Haji yang rugi 100 peratus. Paling teruk pelaburan Al-Rawda Real Estates (Al-Rawda). Kalau baca, memang naik darah,\u201d katanya menerusi Facebook pada Ahad.<\/p>\n<p>Syed Saddiq berkata, pelaburan dalam Al-Rawda mencatat kerugian terbesar sebanyak RM1.864 bilion.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa lebih RM1.5 bilion dibayar sebagai pendahuluan kepada Al-Rawda yang berperanan sebagai pihak perantara dalam pelaburan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTiada jaminan bank. Due diligence hancur. Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan manfaat pelaburan itu kepada jemaah haji, terutama kemudahan penginapan yang dirancang.<\/p>\n<p>Katanya, kutipan sewa daripada pelaburan berkenaan juga terhenti selama bertahun-tahun, sedangkan jumlah besar sudah dibelanjakan.<\/p>\n<p>\u201cManfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun-tahun.<\/p>\n<p>\u201cBerbilion ringgit telah dibayar, namun tiada hasil yang dapat ditunjukkan. Pelik bin ajaib,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain Al-Rawda, enam pelaburan lain yang mengalami kerugian 100 peratus ialah Trurich Resources Sdn Bhd bernilai RM364.31 juta, Putrajaya Perdana Berhad (RM193.49 juta), Al-Fareeda Residential Fund (RM82 juta), Abraj Sdn Bhd (RM40.23 juta), Emrail Sdn Bhd (RM19.30 juta) dan Wellspring Worldwide Ltd (RM18 juta).<\/p>\n<p>Sebelum ini, Menteri Kewangan II ketika penggulungan perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH di Dewan Rakyat memaklumkan tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah TH mengalami kerugian 100 peratus.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan TH menanggung kerugian hampir RM13 bilion susulan 14 pelaburan bermasalah yang dikaitkan dengan salah laku kewangan dan pelaburan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tujuh pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengalami kerugian 100 peratus dengan nilai keseluruhan mencecah RM2.581 bilion. Menurutnya, perkara itu didedahkan menerusi jawapan bertulis Menteri Kewangan di Dewan Rakyat berhubung pelaburan TH yang mengalami kerugian penuh. \u201cBaru dapat jawapan bertulis dari menteri berkenaan tujuh pelaburan Lembaga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1024,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[287,561,309,828,4619,1314],"authors":[],"class_list":["post-14427","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kewangan","tag-laporan","tag-parlimen","tag-rci","tag-syed-saddiq-syed-abdul-rahman","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14427","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14427"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14427\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14428,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14427\/revisions\/14428"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14427"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14427"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14427"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14427"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}