{"id":14433,"date":"2026-08-16T08:02:46","date_gmt":"2026-08-16T08:02:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14433"},"modified":"2026-08-16T08:02:46","modified_gmt":"2026-08-16T08:02:46","slug":"hubungan-dengan-zahid-masih-baik-anwar-pilih-kestabilan-pertahan-kerajaan-perpaduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hubungan-dengan-zahid-masih-baik-anwar-pilih-kestabilan-pertahan-kerajaan-perpaduan\/","title":{"rendered":"Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memilih untuk terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat pusat bagi memastikan kestabilan politik serta kemakmuran rakyat terus dipelihara.<\/p>\n<p>Menurutnya, hubungan peribadinya dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi masih baik dan menjadi antara asas penting untuk memastikan perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan terus dipertahankan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sebutkan tadi secara waras dan penuh hikmah, harus kita jaga perpaduan ini. Kerana hubungan peribadi saya dengan Datuk Seri Zahid masih terlalu baik,\u201d katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau memilih kestabilan dan pertumbuhan ekonomi sebagai keutamaan, selain mahu kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), BN dan UMNO di peringkat Persekutuan diteruskan.<\/p>\n<p>\u201cSaya pilih kestabilan. Saya pilih kemakmuran rakyat melalui pertumbuhan ekonomi dan saya pilih bekerjasama terus dengan BN dan UMNO di peringkat pusat supaya dua prinsip ini diteruskan.<\/p>\n<p>\u201cItu pilihan saya. Pilihan mereka biar mereka jawab dan kita sebagai satu parti perjuangan apa pun kita bersedia kalau terpaksa langgar, kita langgar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi perhatian susulan persaingan politik menjelang beberapa pilihan raya negeri.<\/p>\n<p>Anwar mengakui terdapat beberapa keputusan politik sejak beberapa bulan lalu yang mengejutkan kerana tidak dimaklumkan kepada kepemimpinan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Namun, beliau berkata setiap parti mempunyai hak untuk menentukan strategi masing-masing bagi mengukuhkan kedudukan politik.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku beberapa bulan kebelakangan ini ialah beberapa keputusan yang mengejutkan, yang tidak dimaklumkan kepada kita. Alasan mereka, strategi untuk kukuhkan parti mereka.<\/p>\n<p>\u201cItu hak mereka, jangan kita pertikai. Tetapi adat dalam permuafakatan ini mestilah ada kesetiaan, kesetiaan berunding dengan baik dan saling menghormati,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Anwar berkata hubungan baiknya dengan Zahid, Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg serta pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih membuka ruang untuk rundingan dalam menyelesaikan perbezaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya kita boleh runding secara baik, secara sahabat dan kita dengar sendiri. Setakat ini, saya belum pernah dengar satu pun pandangan yang negatif di peringkat Kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan pimpinan PH dan PKR supaya mengelak kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan sehingga menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, persaingan politik tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab lebih besar untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memilih untuk terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat pusat bagi memastikan kestabilan politik serta kemakmuran rakyat terus dipelihara. Menurutnya, hubungan peribadinya dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi masih baik dan menjadi antara asas penting untuk memastikan perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan terus dipertahankan. \u201cSaya sebutkan tadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14434,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,13,378,1845,824,274,1618,9,18,146],"authors":[],"class_list":["post-14433","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anwar","tag-bn","tag-hubungan","tag-kerjasama","tag-kongres","tag-perpaduan","tag-pkr","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14433","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14433"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14433\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14435,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14433\/revisions\/14435"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14434"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14433"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14433"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14433"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14433"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}