{"id":14436,"date":"2026-08-16T08:07:00","date_gmt":"2026-08-16T08:07:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14436"},"modified":"2026-08-16T08:07:00","modified_gmt":"2026-08-16T08:07:00","slug":"auku-mansuh-anwar-mahu-mahasiswa-bebas-bersuara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/auku-mansuh-anwar-mahu-mahasiswa-bebas-bersuara\/","title":{"rendered":"AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak boleh mengandungi sebarang elemen yang mengongkong atau menyekat kebebasan mahasiswa.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, sebarang draf undang-undang yang mempunyai unsur sedemikian akan ditolak ketika dibawa ke Kabinet.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak mahu pindaan. AUKU wajib dimansuhkan sepenuhnya. Ada kebimbangan, kadang-kadang dibatalkan AUKU, diperkenalkan undang-undang baharu yang juga mengongkong dan menyekat. Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan itu semua,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemansuhan AUKU bukan bermaksud mahasiswa diberikan kebebasan tanpa batas, terutama jika melakukan kesalahan jenayah atau pelanggaran undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia pukul orang, ada menyebabkan kecederaan, kalau dia menipu dalam peperiksaan, itu boleh diambil tindakan menerusi undang-undang sedia ada. Saya tidak bermaksud untuk melonggarkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Anwar menegaskan tidak wajar diwujudkan undang-undang khas yang menyekat kegiatan mahasiswa seperti pendekatan dalam AUKU sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan peringatkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini, saya tidak bersetuju apa-apa pindaan atau akta gantian yang mengongkong dan mengekang kegiatan mahasiswa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut mengaitkan sejarah AUKU dengan pengalaman beliau ketika menjadi pemimpin mahasiswa, termasuk ketika kebebasan aktivisme mahasiswa lebih terbatas.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang itu dibuat untuk menghalang kebebasan Anwar, jadi saya sudah kemukakan beberapa pindaan masa saya Timbalan Perdana Menteri. Ada sedikit pindaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Anwar mengumumkan keputusan untuk memansuhkan AUKU dan cadangan itu akan dibawa ke Kabinet Rabu ini.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir sebelum ini memaklumkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang lebih menyeluruh bagi menggantikan AUKU sudah digariskan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035.<\/p>\n<p>Usaha itu sebahagian daripada agenda pembentukan One Higher Education Act yang dilancarkan pada Januari lalu.<\/p>\n<p>AUKU diperkenalkan pada 1971 dan sudah melalui tujuh siri pindaan. Antara perubahan penting termasuk pindaan pada 2012 yang membenarkan mahasiswa menyertai aktiviti parti politik di luar kampus.<\/p>\n<p>Pindaan pada 2024 pula mengubah mekanisme tindakan tatatertib pelajar universiti awam, dengan kuasa membuat keputusan diberikan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak boleh mengandungi sebarang elemen yang mengongkong atau menyekat kebebasan mahasiswa. Perdana Menteri berkata, sebarang draf undang-undang yang mempunyai unsur sedemikian akan ditolak ketika dibawa ke Kabinet. \u201cSaya tak mahu pindaan. AUKU wajib dimansuhkan sepenuhnya. Ada kebimbangan, kadang-kadang dibatalkan AUKU, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14437,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4718,274,654,9,18,498],"authors":[],"class_list":["post-14436","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-auku","tag-kongres","tag-mahasiswa","tag-pkr","tag-pmx","tag-universiti"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14436","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14436"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14436\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14438,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14436\/revisions\/14438"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14437"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14436"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14436"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14436"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14436"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}