{"id":14445,"date":"2026-08-16T14:07:58","date_gmt":"2026-08-16T14:07:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14445"},"modified":"2026-08-16T14:07:58","modified_gmt":"2026-08-16T14:07:58","slug":"dap-pilih-kestabilan-hormati-keputusan-anwar-kekalkan-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-pilih-kestabilan-hormati-keputusan-anwar-kekalkan-bn\/","title":{"rendered":"DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN"},"content":{"rendered":"<p>DAP menghormati pertimbangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan demi memastikan kestabilan pentadbiran terus terpelihara.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata perbezaan pandangan antara parti dalam kerajaan perlu diurus secara matang dan tidak seharusnya membawa kepada ketidakstabilan baharu.<\/p>\n<p>Menurutnya, kestabilan politik penting bagi memastikan agenda kerajaan MADANI dapat diteruskan tanpa gangguan.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah sesuatu yang sudah dibincangkan Perdana Menteri bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan. Sudah tentu beliau mempunyai pandangan dan pertimbangan sendiri, khususnya untuk memastikan kerajaan kekal stabil.<\/p>\n<p>\u201cKestabilan itu penting bagi membolehkan setiap agenda dilaksanakan. Memang terdapat perbezaan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, namun kita perlu memastikan kerajaan kekal stabil,\u201d katanya pada sidang media selepas Persidangan Kebangsaan DAP hari ini.<\/p>\n<p>Loke berkata, DAP tidak mahu perbezaan pendirian antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan menjadi punca kepada satu lagi episod ketidakstabilan politik.<\/p>\n<p>\u201cSaya fikir perkara ini sudah dipertimbangkan oleh Perdana Menteri. Kita tidak mahu mewujudkan satu lagi ketidakstabilan dalam kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tumpuan kini perlu diberikan kepada usaha memastikan perkara yang sedang dirancang dan diperjuangkan kerajaan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Loke berkata DAP akan terus meyakinkan Anwar untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan \u2018mafia korporat\u2019.<\/p>\n<p>\u201cKita akan cuba meyakinkan Perdana Menteri untuk mempertimbangkan isu ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada Mac lalu, DAP menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan kewujudan rangkaian \u2018mafia korporat\u2019 yang didakwa menyalahgunakan institusi penguat kuasa untuk kepentingan tertentu.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat ketika isu berkaitan tadbir urus, penguatkuasaan dan dakwaan campur tangan kepentingan korporat menjadi perhatian dalam politik negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP menghormati pertimbangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan demi memastikan kestabilan pentadbiran terus terpelihara. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata perbezaan pandangan antara parti dalam kerajaan perlu diurus secara matang dan tidak seharusnya membawa kepada ketidakstabilan baharu. Menurutnya, kestabilan politik penting bagi memastikan agenda kerajaan MADANI dapat diteruskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,170,378,63,1618,18,146],"authors":[],"class_list":["post-14445","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-anwar-ibrahim","tag-bn","tag-dap","tag-perpaduan","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14445"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14445\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14446,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14445\/revisions\/14446"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14445"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}