{"id":14460,"date":"2026-08-17T02:51:53","date_gmt":"2026-08-17T02:51:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14460"},"modified":"2026-08-17T02:51:53","modified_gmt":"2026-08-17T02:51:53","slug":"th-perlu-perkukuh-komunikasi-dekati-pendeposit-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/th-perlu-perkukuh-komunikasi-dekati-pendeposit-bernama\/","title":{"rendered":"TH perlu perkukuh komunikasi, dekati pendeposit: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memperkemas komunikasi dan memperluas program jangkauan kepada pendeposit bagi memulihkan keyakinan terhadap institusi itu susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan tadbir urusnya.<\/p>\n<p>Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam berkata, komunikasi secara terbuka dan konsisten amat penting bagi memastikan pendeposit memahami langkah pembaharuan yang sedang dilaksanakan TH.<\/p>\n<p>Menurutnya, penggunaan platform digital perlu diperkasa memandangkan sebahagian besar pendeposit terdiri daripada generasi milenial dan Gen Z yang aktif mendapatkan maklumat menerusi media sosial.<\/p>\n<p>\u201cTH perlu menjelaskan kesungguhan institusi itu dalam memperbaiki kelemahan serta melaksanakan reformasi tadbir urus. Pendekatan komunikasi digital mampu membantu mengembalikan kepercayaan rakyat,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Beliau turut menyarankan TH memperkukuh penerangan mengenai kualiti pengurusan haji Malaysia yang mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha memelihara keyakinan masyarakat.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Mohd Kamarul Amree mencadangkan rombakan menyeluruh terhadap tadbir urus TH dengan memberi keutamaan kepada pelantikan pakar dan teknokrat berpengalaman dalam bidang pengurusan serta perniagaan.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah TH dikelola individu bukan partisan yang mempunyai kepakaran supaya kepercayaan rakyat dapat dikembalikan secara kolektif tanpa cenderung kepada mana-mana ideologi politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyokong pindaan Akta TH seperti disyorkan RCI serta penambahbaikan pengurusan dana institusi itu bagi memastikan tadbir urus lebih telus dan berkesan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, TH perlu menyampaikan mesej jelas kepada pendeposit mengenai kedudukan kewangan semasa serta langkah penambahbaikan yang telah diambil susulan syor RCI.<\/p>\n<p>Katanya, program jangkauan secara bersemuka termasuk sesi dialog awam di seluruh daerah boleh dipertimbangkan bagi memberi penjelasan terus kepada pendeposit.<\/p>\n<p>\u201cTH perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa kedudukan kewangan TH adalah baik buat masa ini dan laporan RCI itu disiapkan pada 2022, bukannya tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata kekeliruan maklumat berhubung laporan berkenaan boleh menjejaskan keyakinan pendeposit dan perlu ditangani segera.<\/p>\n<p>Laporan RCI yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan dan tadbir urus TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.<\/p>\n<p>Sidang khas Dewan Rakyat pada Selasa lalu turut membolehkan laporan berkenaan dibentangkan dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memperkemas komunikasi dan memperluas program jangkauan kepada pendeposit bagi memulihkan keyakinan terhadap institusi itu susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan tadbir urusnya. Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam berkata, komunikasi secara terbuka dan konsisten amat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[32,184,4738,828,1314,1418],"authors":[],"class_list":["post-14460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bernama","tag-komunikasi","tag-pendeposit","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-th"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14461,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14460\/revisions\/14461"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14460"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}