{"id":14466,"date":"2026-08-17T03:26:19","date_gmt":"2026-08-17T03:26:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14466"},"modified":"2026-08-17T03:26:19","modified_gmt":"2026-08-17T03:26:19","slug":"kes-dadah-jakarta-juruterbang-bawa-dadah-ke-luar-negara-sejak-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-dadah-jakarta-juruterbang-bawa-dadah-ke-luar-negara-sejak-2024\/","title":{"rendered":"Kes dadah Jakarta: Juruterbang bawa dadah ke luar negara sejak 2024"},"content":{"rendered":"<p>Seorang juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Indonesia bulan lalu disyaki sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara sejak 2024.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, suspek dipercayai menggunakan jadual penerbangannya untuk membawa bahan terlarang keluar dari Malaysia ke destinasi tertentu.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara itu didedahkan suspek ketika disoal siasat pasukan JSJN di Jakarta baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cDia terbabit sejak 2024 dengan peranannya membawa dadah keluar dari negara ke beberapa destinasi mengikut jadual penerbangannya.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan kali pertama kerana dia sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pasukan JSJN sebelum ini bertemu suspek di Jakarta bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kegiatan berkenaan. Sesi soal siasat yang pada awalnya dijadualkan selama dua hari dilanjutkan sehari dengan kebenaran Polis Republik Indonesia.<\/p>\n<p>Hussein berkata, suspek turut memberikan maklumat mengenai beberapa sindiket dadah yang dipercayai beroperasi di Malaysia dan Indonesia.<\/p>\n<p>\u201cPDRM akan menjalankan siasatan lanjut terhadap anggota sindiket yang dikenal pasti termasuk aliran kewangan berkaitan penjualan dadah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Maklumat mengenai rangkaian sindiket antarabangsa itu turut akan disalurkan kepada agensi penguatkuasaan dadah di negara terbabit bagi membantu tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di Terminal 3 Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten pada 29 Julai lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan MH727.<\/p>\n<p>Dia ditahan kira-kira 11.30 malam selepas pegawai kastam Indonesia mengesan bagasinya sebagai mencurigakan menerusi imbasan sinar-X.<\/p>\n<p>Pemeriksaan lanjut selepas bagasi dituntut menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kilogram. Empat gram syabu turut ditemukan dalam barang bawaannya.<\/p>\n<p>Hussein bagaimanapun enggan mengulas kemungkinan suspek diekstradisi ke Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut pihak berkuasa Indonesia, juruterbang itu didakwa dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah berkenaan ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain dari sebuah hotel.<\/p>\n<p>Kes itu kini membuka siasatan lebih luas terhadap kemungkinan wujudnya rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laluan penerbangan komersial bagi membawa bahan terlarang merentasi sempadan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Indonesia bulan lalu disyaki sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara sejak 2024. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, suspek dipercayai menggunakan jadual penerbangannya untuk membawa bahan terlarang keluar dari Malaysia ke destinasi tertentu. Menurutnya, perkara itu didedahkan suspek ketika disoal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,299,4713,4649,314,1160,43],"authors":[],"class_list":["post-14466","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-jakarta","tag-jsjn","tag-juruterbang","tag-kes","tag-mas","tag-pdrm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14467,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14466\/revisions\/14467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14466"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}