{"id":14469,"date":"2026-08-17T03:31:32","date_gmt":"2026-08-17T03:31:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14469"},"modified":"2026-08-17T03:31:32","modified_gmt":"2026-08-17T03:31:32","slug":"amanah-tampil-bela-penerima-lod-dihantar-asyraf-wajdi-berkait-isu-tabung-haji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-tampil-bela-penerima-lod-dihantar-asyraf-wajdi-berkait-isu-tabung-haji\/","title":{"rendered":"Amanah tampil bela penerima LOD dihantar Asyraf Wajdi berkait isu Tabung Haji"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman secara percuma atau \u2018pro bono\u2019 kepada mana-mana individu yang menerima surat tuntutan (LOD) daripada Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.<\/p>\n<p>Dua Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda dan Azri Abdullah, berkata tindakan menghantar LOD kepada orang perseorangan berhubung isu Tabung Haji dilihat keterlaluan, terutama apabila perkara itu membabitkan kepentingan awam.<\/p>\n<p>\u201cSebagai mantan timbalan menteri dan seorang ahli politik senior, Asyraf seharusnya faham isu Tabung Haji merupakan isu kepentingan awam, khususnya orang Melayu Islam,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut mereka, penerima LOD terdiri daripada rakyat biasa yang mungkin tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan khidmat peguam sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.<\/p>\n<p>Pada 14 Ogos lalu, Asyraf mengarahkan peguamnya menyerahkan LOD sebagai langkah awal untuk memfailkan saman RM5 juta terhadap pemilik akaun media sosial yang didakwa menyebarkan hantaran berunsur fitnah dan mengaibkan dirinya berkaitan isu Tabung Haji.<\/p>\n<p>Asyraf sebelum ini menjelaskan tindakan itu bukan didorong kepentingan kewangan, sebaliknya bertujuan mendapatkan ruang untuk membuktikan kebenaran melalui proses mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cIa berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah saya melalui penyebaran dakwaan yang tidak benar,\u201d katanya menerusi Facebook.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Fadhli dan Azri berpandangan kritikan serta persoalan rakyat terhadap isu Tabung Haji perlu dijawab secara terbuka dan berhemah, bukannya melalui tindakan undang-undang terhadap individu yang menyuarakan pandangan.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya tindakan Asyraf ialah menjawab segala kritikan dengan jelas, tuntas dan berhemah,\u201d kata mereka.<\/p>\n<p>Mereka turut menegaskan tawaran khidmat guaman itu khusus kepada penerima LOD yang mempersoalkan atau meminta penjelasan daripada Asyraf dalam kapasiti beliau sebagai bekas timbalan menteri agama.<\/p>\n<p>\u201cKami ambil maklum ramai yang menerima LOD ini adalah rakyat marhaen dan bukan elit politik yang mampu mempertahankan diri mereka di mahkamah kelak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu RCI Tabung Haji menjadi perhatian selepas pelbagai pihak membangkitkan persoalan mengenai pengurusan serta keputusan berkaitan institusi kewangan umat Islam itu. Perdebatan turut berkembang di media sosial dengan orang ramai mendesak penjelasan mengenai isu yang dilihat berkait kepentingan pendeposit.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman secara percuma atau \u2018pro bono\u2019 kepada mana-mana individu yang menerima surat tuntutan (LOD) daripada Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Dua Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda dan Azri Abdullah, berkata tindakan menghantar LOD kepada orang perseorangan berhubung isu Tabung Haji [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9568,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[634,4742,4741,828,290,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-14469","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asyraf-wajdi","tag-lod","tag-pemuda-amanah","tag-rci","tag-saman","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14469","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14469"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14470,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14469\/revisions\/14470"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14469"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}