{"id":14483,"date":"2026-08-17T10:05:51","date_gmt":"2026-08-17T10:05:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14483"},"modified":"2026-08-17T15:28:07","modified_gmt":"2026-08-17T15:28:07","slug":"pendapatan-kwsp-melonjak-48-peratus-cecah-rm57-5-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendapatan-kwsp-melonjak-48-peratus-cecah-rm57-5-bilion\/","title":{"rendered":"Pendapatan KWSP Melonjak 48 Peratus, cecah RM57.5 bilion"},"content":{"rendered":"<p>Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonjak 48 peratus kepada RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2026, berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n<p>KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan peningkatan itu didorong prestasi kukuh pasaran ekuiti global, sekali gus membuka ruang kepada pengurus dana merealisasikan keuntungan.<\/p>\n<p>Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan RM29.77 bilion, meningkat 44 peratus daripada RM20.61 bilion pada suku sama tahun lalu.<\/p>\n<p>Pendapatan ekuiti menjadi penyumbang terbesar dengan peningkatan 52 peratus kepada RM20.94 bilion berbanding RM13.77 bilion pada suku kedua 2025.<\/p>\n<p>\u201cSentimen pelabur turut bertambah baik apabila kebimbangan terhadap harga tenaga semakin reda serta keyakinan yang kekal kukuh terhadap kitaran super kecerdasan buatan,\u201d menurut KWSP.<\/p>\n<p>Ekuiti menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan pada suku berkenaan, manakala instrumen pendapatan tetap menyumbang RM6.91 bilion atau 23 peratus.<\/p>\n<p>Sekuriti Kerajaan Malaysia pula terus memberikan pulangan stabil dan berfungsi sebagai komponen defensif dalam portfolio KWSP ketika pasaran berdepan ketidaktentuan.<\/p>\n<p>Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.30 bilion, manakala instrumen pasaran wang merekodkan keuntungan RM620 juta.<\/p>\n<p>Jumlah aset pelaburan KWSP pada suku kedua mencecah RM1.54 trilion, dengan 39 peratus daripadanya dilaburkan di peringkat global.<\/p>\n<p>Pelaburan antarabangsa menghasilkan pendapatan RM19.29 bilion atau 65 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan bagi suku tersebut.<\/p>\n<p>Bagi simpanan ahli, pendapatan pelaburan masing-masing berjumlah RM24.16 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM5.61 bilion bagi Simpanan Shariah.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata prestasi itu mencerminkan keupayaan KWSP memanfaatkan kekuatan pasaran ekuiti global sambil mengekalkan strategi pelaburan jangka panjang.<\/p>\n<p>\u201cSama seperti suku pertama, kami terus merealisasikan pendapatan lebih awal pada suku kedua memandangkan risiko pasaran dan geopolitik kekal tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata prestasi pasaran ekuiti yang kukuh pada separuh pertama perlu dilihat dalam konteks jangka panjang kerana keadaan pasaran sama mungkin tidak berulang pada separuh kedua tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cFokus kami kekal untuk menjana pulangan mampan yang disokong oleh portfolio berdaya tahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>KWSP turut menjelaskan sebahagian pendapatan enam bulan itu merangkumi keuntungan dan kerugian belum direalisasikan hasil penilaian mark-to-market sekuriti, terutama susulan turun naik kadar pertukaran asing.<\/p>\n<p>Keuntungan dan kerugian belum direalisasikan itu tidak boleh diagihkan sebagai dividen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonjak 48 peratus kepada RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2026, berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan peningkatan itu didorong prestasi kukuh pasaran ekuiti global, sekali gus membuka ruang kepada pengurus dana merealisasikan keuntungan. Bagi suku kedua berakhir 30 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[414,488,285,504,1090,1185,18],"authors":[],"class_list":["post-14483","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dana","tag-kwsp","tag-madani","tag-pelaburan","tag-pendapatan","tag-persaraan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14483","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14483"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14483\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14484,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14483\/revisions\/14484"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14483"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14483"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14483"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14483"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}