{"id":14501,"date":"2026-08-18T04:20:25","date_gmt":"2026-08-18T04:20:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14501"},"modified":"2026-08-18T04:20:25","modified_gmt":"2026-08-18T04:20:25","slug":"mcmc-imigresen-perkukuh-kerjasama-banteras-jenayah-rentas-sempadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-imigresen-perkukuh-kerjasama-banteras-jenayah-rentas-sempadan\/","title":{"rendered":"MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan"},"content":{"rendered":"<p>Kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diperkukuh menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), dalam usaha meningkatkan keupayaan negara membanteras jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan dipacu teknologi.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu bukan sekadar pemeteraian MoU antara dua agensi, sebaliknya mencerminkan kesungguhan kerajaan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan negara.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama yang dimeterai bukan sekadar sebuah MoU antara dua agensi. Sebaliknya, mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh keupayaan penguatkuasaan negara dalam menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks, terancang dan dipacu oleh perkembangan teknologi,\u201d katanya semasa majlis hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, jenayah masa kini tidak lagi terbatas kepada sempadan fizikal, dengan sindiket menggunakan rangkaian komunikasi dan platform digital untuk menjalankan kegiatan penipuan dalam talian, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran, pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan identiti.<\/p>\n<p>Beliau berkata skala cabaran itu dapat dilihat menerusi kerugian akibat penipuan dalam talian yang mencecah RM958 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding RM2.9 bilion sepanjang 2025.<\/p>\n<p>\u201cAngka ini menunjukkan skala cabaran yang kita hadapi dan keperluan untuk tindakan penguatkuasaan yang lebih tersusun serta bersepadu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pemeteraian MoU itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Fahmi di Cyberjaya, hari ini.<\/p>\n<p>Menerusi kerjasama berkenaan, MCMC dan JIM akan memperluas perkongsian maklumat serta risikan, melaksanakan operasi bersepadu, membangunkan kapasiti dan mengukuhkan kesalinghubungan sistem bagi menyokong pengesanan, siasatan serta tindakan penguatkuasaan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Fahmi berkata MCMC telah menerima 470,593 permohonan untuk menurunkan kandungan di platform media sosial bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos 2026, dengan 436,661 kandungan diturunkan, mencatat kadar pematuhan 93 peratus.<\/p>\n<p>Bagi kandungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA), sebanyak 39 permohonan dibuat dengan 38 kandungan diturunkan, mencatat kadar pematuhan 97 peratus.<\/p>\n<p>MCMC turut mengeluarkan 2,139 arahan sekatan terhadap domain berkaitan kandungan jenayah dalam tempoh sama.<\/p>\n<p>Fahmi berkata setiap platform perlu bertindak secara proaktif mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan memudaratkan tanpa hanya menunggu laporan daripada MCMC atau aduan orang awam.<\/p>\n<p>\u201cDalam banyak keadaan, tindakan hanya diambil selepas laporan dibuat oleh MCMC atau aduan diterima daripada orang awam. Kelewatan ini memberi ruang kepada kandungan memudaratkan untuk terus tersebar dan meningkatkan risiko kemudaratan kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerjasama MCMC-JIM itu dijangka memperkukuh usaha mengesan, mengganggu dan membanteras sindiket jenayah rentas sempadan, selain meningkatkan perlindungan rakyat daripada ancaman jenayah yang memanfaatkan teknologi digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diperkukuh menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), dalam usaha meningkatkan keupayaan negara membanteras jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan dipacu teknologi. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu bukan sekadar pemeteraian MoU antara dua agensi, sebaliknya mencerminkan kesungguhan kerajaan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14502,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,3305,22,16,4752,2488,20],"authors":[],"class_list":["post-14501","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-jim","tag-kdn","tag-mcmc","tag-memorandum-persefahaman","tag-mou","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14501","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14501"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14501\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14503,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14501\/revisions\/14503"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14502"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14501"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14501"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14501"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14501"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}