{"id":14504,"date":"2026-08-18T04:30:12","date_gmt":"2026-08-18T04:30:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14504"},"modified":"2026-08-18T04:30:12","modified_gmt":"2026-08-18T04:30:12","slug":"godam-myimms-dibuat-pegawai-sendiri-kdn-beri-amaran-kepada-pengkhianat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/godam-myimms-dibuat-pegawai-sendiri-kdn-beri-amaran-kepada-pengkhianat\/","title":{"rendered":"Godam MyIMMs dibuat pegawai sendiri, KDN beri amaran kepada pengkhianat"},"content":{"rendered":"<p>Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak mengkhianati negara dengan menyalahgunakan kuasa atau sistem kerajaan demi kepentingan peribadi.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha KDN, Awang Alik Jeman berkata, perbuatan seperti membenarkan warga asing tinggal melebihi tempoh visa atau memeras ugut mereka mencerminkan sikap tamak serta kegagalan menghayati nilai integriti.<\/p>\n<p>\u201cKesemua ini dilakukan kerana sifat tamak yang ada dalam diri. Kalau kita berpegang kepada integriti dan sedar perkara ini tidak baik untuk masyarakat serta negara, kita tidak akan melakukan perkara sedemikian,\u201d katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi teguran keras berhubung kegiatan menggodam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), termasuk dakwaan membabitkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja melanggar integriti perkhidmatan awam, malah boleh memberi kesan langsung terhadap keselamatan negara.<\/p>\n<p>\u201cAda warga kita sendiri yang menggodam sistem MyIMMs yang sepatutnya kita pertahankan. Kalau sistem itu digodam, rosak dan tidak boleh berfungsi, orang luar bebas masuk ke negara kita tanpa rekod dan tanpa semakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Awang Alik berkata, KDN berperanan sebagai antara benteng utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>Justeru, beliau menegaskan pegawai dan kakitangan kementerian perlu mempunyai semangat mempertahankan negara, bukannya mengambil kesempatan terhadap kedudukan atau akses kepada sistem kerajaan untuk mendapatkan keuntungan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cKalau inilah hasrat kita dengan harapan mendapat pulangan yang banyak, keluarlah dari KDN. Kita mahu orang dalam KDN benar-benar menghayati semangat mempertahankan negara daripada apa-apa unsur sedemikian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, amanah menjaga keselamatan negara perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana kesannya bukan hanya dirasai generasi hari ini, malah turut menentukan masa depan generasi akan datang.<\/p>\n<p>\u201cJangan fikir negara ini akan berakhir dengan kita. Negara ini hanya berakhir selepas kita menyerahkannya kepada generasi-generasi seterusnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu integriti dalam perkhidmatan awam terus menjadi perhatian, khususnya membabitkan agensi penguatkuasaan yang mempunyai akses kepada maklumat dan sistem kritikal negara.<\/p>\n<p>Penyalahgunaan kuasa, rasuah atau manipulasi sistem bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat, malah berpotensi membuka ruang kepada ancaman keselamatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak mengkhianati negara dengan menyalahgunakan kuasa atau sistem kerajaan demi kepentingan peribadi. Ketua Setiausaha KDN, Awang Alik Jeman berkata, perbuatan seperti membenarkan warga asing tinggal melebihi tempoh visa atau memeras ugut mereka mencerminkan sikap tamak serta kegagalan menghayati nilai integriti. \u201cKesemua ini dilakukan kerana sifat tamak yang ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14505,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4753,303,3305,22,4647,4646],"authors":[],"class_list":["post-14504","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-awang-alik-jeman","tag-godam","tag-jim","tag-kdn","tag-myimms","tag-sistem-imigresen-malaysia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14504"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14506,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14504\/revisions\/14506"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14504"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}