{"id":14511,"date":"2026-08-18T05:52:00","date_gmt":"2026-08-18T05:52:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14511"},"modified":"2026-08-18T05:52:00","modified_gmt":"2026-08-18T05:52:00","slug":"kerajaan-terbuka-kaji-gabung-elemen-sst-gst","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-terbuka-kaji-gabung-elemen-sst-gst\/","title":{"rendered":"Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan terbuka mengkaji penggabungan beberapa elemen Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memperkemas sistem percukaian negara, namun SST kekal sebagai asas buat masa ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menolak untuk mengambil ciri tertentu daripada GST jika langkah itu dapat membantu mewujudkan sistem percukaian lebih progresif dan efisien.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan perlu berhati-hati supaya sebarang perubahan sistem cukai tidak menambah beban rakyat, terutama ketika kos sara hidup masih menjadi perhatian utama.<\/p>\n<p>\u201cMengenai GST, SST kita terbuka untuk kaji, untuk perbaiki sistem percukaian tetapi kalau nak bercakap pasal GST sahaja, saya punya kebimbangan, seperti yang saya lahirkan berulang kali, ini nak cukai rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMaknanya orang yang tak pernah bayar cukai, mesti bayar. Mana kita nak jawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup, beban rakyat. Sebab itu kita guna pangkal SST tetapi kalau ada beberapa penyesuaian, boleh kita lakukan,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa ciri GST yang bersesuaian, namun tidak bersetuju dengan pendekatan cukai secara menyeluruh melalui sistem cukai berasaskan penggunaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya dah sebut tadi, pangkalnya masih SST tetapi kalau ada beberapa ciri yang boleh kita terima, kita terima.<\/p>\n<p>\u201cTapi saya tidak mahu tolak ansur satu hal. Saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh, seperti mana pangkal pandangan dalam GST, GST itu \u2018broad-based tax\u2019, kita cukai semua rakyat. Saya tak setuju,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 sebelum itu, Anwar turut menyentuh keperluan memperkukuh sistem percukaian negara supaya lebih cekap, adil dan mampu menyokong kedudukan fiskal kerajaan.<\/p>\n<p>GST pernah dilaksanakan di Malaysia pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada September 2018 dan digantikan dengan SST.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar berkata golongan M40 turut diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan 2027, termasuk usaha meringankan beban kewangan kumpulan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKita ada senarai hal-hal yang kita beri keutamaan untuk meringankan beban M40,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan terbuka mengkaji penggabungan beberapa elemen Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memperkemas sistem percukaian negara, namun SST kekal sebagai asas buat masa ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menolak untuk mengambil ciri tertentu daripada GST jika langkah itu dapat membantu mewujudkan sistem percukaian lebih progresif dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":686,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,483,493,505,18,481],"authors":[],"class_list":["post-14511","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-cukai","tag-gst","tag-menteri-kewangan","tag-pmx","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14511","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14511"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14511\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14512,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14511\/revisions\/14512"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/686"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14511"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14511"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14511"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14511"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}