{"id":14513,"date":"2026-08-18T05:55:50","date_gmt":"2026-08-18T05:55:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14513"},"modified":"2026-08-18T05:55:50","modified_gmt":"2026-08-18T05:55:50","slug":"rci-tabung-haji-siasatan-tak-terikat-untuk-tempoh-2014-2020-boleh-diperluas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-tabung-haji-siasatan-tak-terikat-untuk-tempoh-2014-2020-boleh-diperluas\/","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di luar tempoh 2014 hingga 2020 seperti ditetapkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, skop siasatan dan tindakan susulan terhadap laporan RCI itu boleh meliputi tempoh sebelum dan selepas 2014 hingga 2020, bergantung kepada keperluan badan penguatkuasaan serta penyiasatan.<\/p>\n<p>\u201cBukan cadangan, memang sekarang ini semua tindakan dan kajian melangkaui RCI.<\/p>\n<p>\u201cRCI sebagai induk, tiada halangan untuk kaji sebelum dan selepas, ini akan dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan,\u201d katanya ketika ditemui selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.<\/p>\n<p>Penegasan itu sekali gus memberi ruang kepada siasatan lebih menyeluruh terhadap isu pengurusan dan operasi TH, termasuk perkara yang berlaku sebelum 2014 atau selepas 2020.<\/p>\n<p>Ia susulan desakan beberapa Ahli Parlimen supaya kerajaan tidak mengehadkan penelitian kepada tempoh yang terkandung dalam RCI sedia ada.<\/p>\n<p>Laporan penuh RCI TH didedahkan kepada umum pada Julai lalu sebelum dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat minggu lalu. Perbahasan itu turut menyaksikan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa penubuhan RCI baharu.<\/p>\n<p>Antaranya Ahli Parlimen Tampin, Mohd Isam Mohd Isa, yang mencadangkan siasatan baharu bagi tempoh 2021 hingga 2025 kerana RCI sedia ada hanya meliputi 2014 hingga 2020.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika kerajaan turut mengambil tindakan susulan terhadap penemuan berkaitan RCI berkenaan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kes berkaitan RCI TH, termasuk empat bekas pengurusan kanan TH.<\/p>\n<p>Mereka terdiri daripada seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH, dengan kesemua suspek berusia antara 50-an hingga 60-an.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini turut bersetuju supaya siasatan penuh dilaksanakan dengan segera, selain menubuhkan pasukan khas bagi meneliti serta melaksanakan syor RCI, termasuk cadangan berkaitan pindaan Akta Tabung Haji.<\/p>\n<p>Perbahasan di Dewan Rakyat mengenai RCI TH turut mencetuskan ketegangan politik apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan sebagai tanda protes terhadap perjalanan sidang khas berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di luar tempoh 2014 hingga 2020 seperti ditetapkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, skop siasatan dan tindakan susulan terhadap laporan RCI itu boleh meliputi tempoh sebelum dan selepas 2014 hingga 2020, bergantung kepada keperluan badan penguatkuasaan serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12396,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,561,18,828,23,1314],"authors":[],"class_list":["post-14513","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-laporan","tag-pmx","tag-rci","tag-siasatan","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14513","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14513"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14513\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14514,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14513\/revisions\/14514"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14513"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}