{"id":14531,"date":"2026-08-19T05:19:02","date_gmt":"2026-08-19T05:19:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14531"},"modified":"2026-08-19T05:19:02","modified_gmt":"2026-08-19T05:19:02","slug":"syahredzan-cadang-peruntukan-ahli-parlimen-ikut-jumlah-pengundi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syahredzan-cadang-peruntukan-ahli-parlimen-ikut-jumlah-pengundi\/","title":{"rendered":"Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi"},"content":{"rendered":"<p>Peruntukan kepada Ahli Parlimen wajar ditentukan berdasarkan saiz kawasan dan jumlah pengundi bagi memastikan agihan dana lebih adil, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, mekanisme pengagihan itu juga perlu diperuntukkan melalui undang-undang bagi melindungi hak pengundi tanpa mengira kawasan atau parti yang diwakili.<\/p>\n<p>Menurutnya, Bangi antara kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi sangat tinggi dengan lebih 300,000 pengundi pada 2022, malah jumlah itu dipercayai terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>\u201cDaripada segi jumlah pengundi berdaftar, Bangi kira-kira tiga kali ganda lebih besar berbanding purata kebangsaan bagi sesebuah kawasan Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cParlimen Hulu Langat mempunyai sekitar 160,000 pengundi, Putrajaya 42,000, manakala Puchong kira-kira 150,000 pengundi,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Syahredzan berkata, tanggungjawab wakil rakyat bukan hanya tertumpu kepada pengundi berdaftar, sebaliknya turut melibatkan penduduk lain dalam kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sendiri di Parlimen Bangi secara praktikalnya perlu berkhidmat kepada 700,000 penduduk, bukan sekadar 300,000 kerana saya tidak boleh mendiskriminasikan antara pengundi dan bukan pengundi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perbincangan mengenai peruntukan kawasan Parlimen perlu mengambil kira bukan sahaja kesaksamaan akses kepada dana, tetapi juga jumlah peruntukan berdasarkan parameter jelas seperti jumlah pengundi dan keadaan khusus sesuatu kawasan.<\/p>\n<p>Katanya, kos pengurusan pusat khidmat dan penggajian kakitangan juga perlu mengambil kira faktor lokasi kerana kos operasi berbeza mengikut kawasan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Syahredzan menyokong supaya semua Ahli Parlimen menerima peruntukan tanpa mengira parti politik.<\/p>\n<p>\u201cPerlu ada undang-undang untuk mengkanunkan peruntukan kewangan bagi semua Ahli Parlimen tanpa mengira jalur politik. DAP akan menyokong Perdana Menteri bagi merealisasikan undang-undang sedemikian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata, dana pembangunan juga perlu mengambil kira perbezaan keperluan antara kawasan bandar dan luar bandar, terutama dari segi pembangunan infrastruktur.<\/p>\n<p>\u201cUndang-undang tersebut bukan sahaja perlu menjamin kesaksamaan dari segi akses kepada dana kawasan Parlimen, tetapi juga saksama dan berkadaran dengan jumlah pengundi serta mengambil kira keadaan khusus bagi setiap kawasan Parlimen,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Syahredzan menegaskan, isu itu bukan berkaitan kepentingan Ahli Parlimen semata-mata, sebaliknya menyentuh hak rakyat yang diwakili.<\/p>\n<p>\u201cJika tidak, tidak adil bagi pengundi di kawasan ini yang \u2018berkongsi\u2019 peruntukan dengan begitu ramai yang lain, berbanding kawasan yang lebih kecil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu peruntukan kawasan Parlimen sebelum ini menjadi perhatian susulan gesaan supaya kerajaan menetapkan mekanisme agihan dana secara lebih telus, adil dan tidak dipengaruhi kedudukan politik wakil rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peruntukan kepada Ahli Parlimen wajar ditentukan berdasarkan saiz kawasan dan jumlah pengundi bagi memastikan agihan dana lebih adil, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Beliau berkata, mekanisme pengagihan itu juga perlu diperuntukkan melalui undang-undang bagi melindungi hak pengundi tanpa mengira kawasan atau parti yang diwakili. Menurutnya, Bangi antara kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi sangat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8285,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2403,63,4762,287,172,535,373],"authors":[],"class_list":["post-14531","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen-bangi","tag-dap","tag-kawasan","tag-kewangan","tag-pengundi","tag-peruntukan","tag-syahredzan-johan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14531","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14531"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14532,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14531\/revisions\/14532"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14531"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}