{"id":14540,"date":"2026-08-19T07:36:30","date_gmt":"2026-08-19T07:36:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14540"},"modified":"2026-08-19T07:36:30","modified_gmt":"2026-08-19T07:36:30","slug":"kerajaan-mula-kaji-sistem-cukai-hybrid-sst-gst-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-mula-kaji-sistem-cukai-hybrid-sst-gst-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan untuk menjalankan kajian menyeluruh terhadap cadangan memperkenalkan sistem percukaian hybrid antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrhahim memaklumkan keperluan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dengan Menteri Kewangan II diberikan masa untuk menyediakan laporan berhubung cadangan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, laporan itu akan dibawa semula untuk perbincangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri telah memaklumkan tentang keperluan Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan II, melakukan kajian penuh mengenai cadangan sistem percukaian hybrid SST-GST.<\/p>\n<p>\u201cMenteri Kewangan II diberikan sedikit masa untuk menyediakan laporan dan membawanya semula kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut,\u201d katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata cadangan berkenaan masih berada pada peringkat awal dan tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk pengalaman Malaysia melaksanakan GST sebelum ini serta isu yang timbul di bawah sistem SST.<\/p>\n<p>\u201cIni masih di peringkat awal. Kementerian Kewangan diberikan masa memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata kajian itu juga perlu mengambil kira pengajaran daripada pelaksanaan GST dan pengalaman semasa menggunakan SST sebelum sebarang cadangan dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cPerkara-perkara ini akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan sebelum dibawa untuk dibincang dan diputuskan di Jemaah Menteri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cadangan sistem hybrid SST-GST muncul ketika kerajaan terus menilai pendekatan terbaik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, termasuk usaha meningkatkan hasil kerajaan tanpa memberi tekanan berlebihan kepada rakyat dan sektor perniagaan.<\/p>\n<p>GST sebelum ini diperkenalkan pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada September 2018 dan digantikan dengan SST.<\/p>\n<p>Kerajaan kini perlu menilai semula pengalaman kedua-dua sistem berkenaan bagi menentukan bentuk percukaian yang lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan untuk menjalankan kajian menyeluruh terhadap cadangan memperkenalkan sistem percukaian hybrid antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrhahim memaklumkan keperluan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dengan Menteri Kewangan II diberikan masa untuk menyediakan laporan berhubung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6946,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,483,49,493,287,482,18,481],"authors":[],"class_list":["post-14540","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-cukai","tag-fahmi-fadzil","tag-gst","tag-kewangan","tag-mof","tag-pmx","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14540","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14540"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14540\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14541,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14540\/revisions\/14541"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6946"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14540"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14540"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14540"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14540"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}