{"id":14543,"date":"2026-08-19T09:54:09","date_gmt":"2026-08-19T09:54:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14543"},"modified":"2026-08-19T09:54:09","modified_gmt":"2026-08-19T09:54:09","slug":"facebook-dan-tiktok-jadi-sarang-utama-kandungan-scam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/facebook-dan-tiktok-jadi-sarang-utama-kandungan-scam\/","title":{"rendered":"Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam"},"content":{"rendered":"<p>Lebih 127,000 kandungan penipuan atau scam dikesan di pelbagai platform media sosial dan diminta diturunkan sejak awal tahun hingga 19 Ogos ini, dengan Facebook dan TikTok merekodkan jumlah tertinggi.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 53 peratus kandungan terbabit dikesan di Facebook, manakala 39 peratus lagi di TikTok.<\/p>\n<p>Menurutnya, jumlah itu mewakili 27 peratus daripada keseluruhan permohonan kandungan yang diminta untuk diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cMasalah jenayah scam yang kebanyakannya menggunakan akaun palsu adalah antara yang paling banyak diminta diturunkan oleh pihak MCMC.<\/p>\n<p>\u201cKita lihat Facebook dan TikTok adalah dua platform di mana paling banyak jenayah scam ini dikesan,\u201d katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi turut menggesa orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang diterima menerusi media sosial, terutama tawaran atau pautan yang mencurigakan.<\/p>\n<p>Beliau menyarankan orang ramai membuat semakan melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck selain mendapatkan maklumat daripada media arus perdana sebelum mengambil sebarang tindakan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, kerajaan memberi tempoh beberapa bulan kepada platform media sosial yang dikenal pasti untuk memastikan pematuhan terhadap dua kod baharu bagi menangani kandungan memudaratkan yang boleh mengancam harta dan nyawa pengguna.<\/p>\n<p>Kod berkenaan ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Kod Pengurangan Risiko yang berkuat kuasa 1 Jun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).<\/p>\n<p>\u201cPlatform media sosial yang telah dikenal pasti perlu mematuhi kedua-dua kod ini dan kita beri mereka masa dalam beberapa bulan akan datang untuk pastikan segala tindakan diambil secara terselaras.<\/p>\n<p>\u201cIni bagi mengelakkan kandungan yang memudaratkan serta boleh mengancam harta ataupun nyawa daripada terus dibenarkan dalam platform masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, tindakan segera oleh platform amat penting kerana proses permohonan untuk menurunkan kandungan secara manual memerlukan masa dan sumber yang besar daripada pihak kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cUntuk setiap kandungan yang diminta diturunkan, petugas MCMC memerlukan masa 30 hingga 45 minit untuk mengisi borang dan menghantar kepada pihak berkenaan. Jadi, ia memang memakan masa dan kos yang tinggi untuk kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Usaha memperketat kawalan kandungan dalam talian dilihat semakin penting susulan peningkatan penggunaan media sosial sebagai medium komunikasi, perniagaan dan penyebaran maklumat.<\/p>\n<p>Pada masa sama, platform berkenaan turut menjadi sasaran sindiket scam untuk memperdaya mangsa menggunakan akaun palsu, iklan mengelirukan dan pautan berbahaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih 127,000 kandungan penipuan atau scam dikesan di pelbagai platform media sosial dan diminta diturunkan sejak awal tahun hingga 19 Ogos ini, dengan Facebook dan TikTok merekodkan jumlah tertinggi. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 53 peratus kandungan terbabit dikesan di Facebook, manakala 39 peratus lagi di TikTok. Menurutnya, jumlah itu mewakili 27 peratus daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11969,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1009,49,184,16,34,343],"authors":[],"class_list":["post-14543","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-facebook","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-scam","tag-tiktok"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14543","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14543"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14543\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14544,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14543\/revisions\/14544"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11969"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14543"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14543"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14543"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14543"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}