{"id":14557,"date":"2026-08-20T02:44:37","date_gmt":"2026-08-20T02:44:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14557"},"modified":"2026-08-20T02:44:37","modified_gmt":"2026-08-20T02:44:37","slug":"ringgit-dibuka-tinggi-cecah-rm4-04-berbanding-dolar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-dibuka-tinggi-cecah-rm4-04-berbanding-dolar\/","title":{"rendered":"Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan tekanan terhadap mata wang AS akibat kebimbangan mengenai peningkatan hutang kerajaan negara itu.<\/p>\n<p>Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0455\/4.0540 berbanding dolar AS daripada 4.0565\/4.0610 ketika ditutup pada Rabu.<\/p>\n<p>Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hutang kerajaan AS kini menjadi perhatian utama pasaran selepas jumlah hutang awam tertunggak melepasi US$40 trilion, meningkat kira-kira satu pertiga dalam tempoh kurang lima tahun.<\/p>\n<p>\u201cIni berlaku ketika Jabatan Perbendaharaan AS berusaha menurunkan hasil bon jangka panjang menerusi campur tangan secara langsung dalam pasaran bon,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat berpotensi meningkatkan lagi tekanan terhadap keupayaan kerajaan AS memenuhi obligasi hutangnya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu turut memberi tekanan kepada dolar AS apabila Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.86 peratus kepada 98.798 mata, selari dengan penurunan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah pada September.<\/p>\n<p>\u201cPerkembangan ini dilihat positif bagi ringgit kerana perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed dan kadar dasar semalaman akan kekal stabil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam lingkungan RM4.04 hingga RM4.06 berbanding dolar AS sepanjang dagangan hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama dan serantau.<\/p>\n<p>Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5562\/2.5616 daripada 2.5498\/2.5528, manakala berbanding pound Britain ia turun kepada 5.5023\/5.5138 daripada 5.4994\/5.5055.<\/p>\n<p>Berbanding euro, ringgit melemah kepada 4.7231\/4.7330 daripada 4.7080\/4.7132.<\/p>\n<p>Dalam kalangan mata wang serantau, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1819\/3.1891 dan baht Thailand kepada 12.3046\/12.3372.<\/p>\n<p>Sebaliknya, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 226.7\/227.3 daripada 227.3\/227.7 serta meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.54\/6.56 daripada 6.56\/6.57. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan tekanan terhadap mata wang AS akibat kebimbangan mengenai peningkatan hutang kerajaan negara itu. Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0455\/4.0540 berbanding dolar AS daripada 4.0565\/4.0610 ketika ditutup pada Rabu. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hutang kerajaan AS [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[462,68,393,394],"authors":[],"class_list":["post-14557","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dolar","tag-ekonomi","tag-mata-wang","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14557","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14557"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14557\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14558,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14557\/revisions\/14558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14557"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}