{"id":14577,"date":"2026-08-20T06:24:58","date_gmt":"2026-08-20T06:24:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14577"},"modified":"2026-08-20T06:24:58","modified_gmt":"2026-08-20T06:24:58","slug":"fahmi-orang-kampung-juga-jadi-sasaran-scam-kempen-kesedaran-akan-diperluas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-orang-kampung-juga-jadi-sasaran-scam-kempen-kesedaran-akan-diperluas\/","title":{"rendered":"Fahmi: Orang kampung juga jadi sasaran scam, kempen kesedaran akan diperluas"},"content":{"rendered":"<p>Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian atau scam perlu diperluas hingga ke kawasan luar bandar bagi memastikan masyarakat di kampung dan kawasan terpencil turut dilindungi daripada ancaman jenayah siber.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kempen kesedaran tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada program berskala besar di bandar, sebaliknya perlu dibawa terus ke peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>Menurutnya, PIBG, persatuan penduduk dan Rukun Tetangga boleh memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan modus operandi scam kepada masyarakat setempat.<\/p>\n<p>\u201cBukan semua yang dapat datang ke hotel sertai forum atau kempen kesedaran, jadi kita kena bawa program ini ke balai-balai raya dan kampung-kampung.<\/p>\n<p>\u201cBila kita sediakan Internet sampai ke kampung-kampung yang terpencil, maksudnya scammer pun dah boleh pergi ke kampung-kampung terpencil tanpa meninggalkan tempat kerja mereka. Ini cabaran kita,\u201d katanya ketika berucap pada pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, dari 1 Januari hingga semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memohon penurunan 476,516 kandungan dalam talian yang melibatkan pelbagai kategori kesalahan.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 302,139 kandungan berkaitan perjudian dalam talian, manakala 128,312 lagi membabitkan kandungan berunsur penipuan.<\/p>\n<p>Facebook mencatatkan jumlah tertinggi kandungan penipuan yang diminta diturunkan dengan 67,115 kandungan atau 52 peratus, diikuti TikTok sebanyak 50,642 kandungan.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, platform media sosial mempunyai tanggungjawab memastikan perkhidmatan mereka tidak dijadikan saluran untuk kegiatan scam dan perjudian dalam talian.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi amaran platform yang gagal memastikan keselamatan pengguna boleh berdepan denda sehingga RM10 juta melalui tindakan mahkamah mengikut kerangka perundangan keselamatan dalam talian negara.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi meminta mangsa scam bertindak segera dengan menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997.<\/p>\n<p>Katanya, tindakan pantas dalam tempoh 15 hingga 30 minit selepas kejadian amat penting bagi meningkatkan peluang pihak berkuasa menyekat transaksi dan mendapatkan semula wang mangsa.<\/p>\n<p>\u201cJangan tunggu. Kalau sudah terkena scam, hubungi 997 secepat mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perluasan kempen ke kawasan luar bandar dilihat penting susulan peningkatan penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat kampung. Akses digital yang semakin meluas turut menyebabkan golongan yang sebelum ini kurang terdedah kepada ancaman siber kini menjadi sasaran penipu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian atau scam perlu diperluas hingga ke kawasan luar bandar bagi memastikan masyarakat di kampung dan kawasan terpencil turut dilindungi daripada ancaman jenayah siber. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kempen kesedaran tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada program berskala besar di bandar, sebaliknya perlu dibawa terus ke peringkat akar umbi. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1933,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1649,49,1137,184,1421,16,1644,34],"authors":[],"class_list":["post-14577","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aduan","tag-fahmi-fadzil","tag-kampung","tag-komunikasi","tag-luar-bandar","tag-mcmc","tag-nsrc","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14577","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14577"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14577\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14578,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14577\/revisions\/14578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1933"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14577"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14577"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14577"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14577"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}