{"id":14585,"date":"2026-08-20T07:27:18","date_gmt":"2026-08-20T07:27:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14585"},"modified":"2026-08-20T07:27:18","modified_gmt":"2026-08-20T07:27:18","slug":"amk-perak-mahu-isu-jalur-gemilang-ditangani-tanpa-dwistandard","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-perak-mahu-isu-jalur-gemilang-ditangani-tanpa-dwistandard\/","title":{"rendered":"AMK Perak mahu isu Jalur Gemilang ditangani tanpa dwistandard"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secara adil dan konsisten terhadap sebarang kes melibatkan pengibaran atau penggunaan Jalur Gemilang secara tidak wajar.<\/p>\n<p>Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani berkata isu membabitkan simbol kedaulatan negara tidak sepatutnya dijadikan modal politik atau dinilai berdasarkan kecenderungan parti.<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa insiden berkaitan Jalur Gemilang dilaporkan berlaku sebelum ini, termasuk di Pantai Buruk, Terengganu, dua kilang di Johor serta sebuah program membabitkan DAP.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kes perlu dilihat berdasarkan fakta dan keadaan sebenar. Jika terdapat unsur kecuaian, pelanggaran peraturan atau kesalahan di sisi undang-undang, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Ashraf berkata, tiada kompromi terhadap penghormatan kepada Jalur Gemilang, namun penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara konsisten tanpa wujud layanan berbeza berdasarkan latar belakang politik pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan \u201csenjata politik\u201d untuk menyerang mana-mana pihak.<\/p>\n<p>\u201cPrinsip undang-undang mesti dilaksanakan secara adil dan konsisten tanpa hipokrasi. Tiada kompromi terhadap penghormatan kepada Jalur Gemilang dan tiada tempat untuk standard dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik atau dalam keadaan tidak mengikut tatacara ditetapkan sering mendapat perhatian setiap kali sambutan Bulan Kebangsaan.<\/p>\n<p>Tindakan sedemikian boleh menimbulkan kemarahan awam, khususnya apabila ia dilihat sebagai tidak menghormati simbol negara.<\/p>\n<p>AMK Perak berkata, pendekatan terbaik ialah menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa supaya setiap kes dinilai berdasarkan bukti dan peruntukan undang-undang, bukan tekanan politik atau sentimen semasa.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, orang ramai disaran memahami tatacara penggunaan Jalur Gemilang dan memastikan bendera negara dipasang serta dikibarkan dengan penuh tertib sebagai tanda menghormati identiti dan kedaulatan Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secara adil dan konsisten terhadap sebarang kes melibatkan pengibaran atau penggunaan Jalur Gemilang secara tidak wajar. Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani berkata isu membabitkan simbol kedaulatan negara tidak sepatutnya dijadikan modal politik atau dinilai berdasarkan kecenderungan parti. Menurutnya, beberapa insiden berkaitan Jalur Gemilang dilaporkan berlaku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14564,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,4779,61,1058,52],"authors":[],"class_list":["post-14585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-ashraf-kahasani","tag-bendera","tag-jalur-gemilang","tag-perak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14585"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14586,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14585\/revisions\/14586"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14564"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14585"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}