{"id":14587,"date":"2026-08-20T07:32:12","date_gmt":"2026-08-20T07:32:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14587"},"modified":"2026-08-20T07:32:12","modified_gmt":"2026-08-20T07:32:12","slug":"umno-komited-kekal-bersama-kerajaan-perpaduan-hingga-tamat-penggal-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-komited-kekal-bersama-kerajaan-perpaduan-hingga-tamat-penggal-azalina\/","title":{"rendered":"UMNO komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan komitmennya untuk memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan terus terpelihara sehingga tamat penggal Parlimen ke-15, selaras dengan Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).<\/p>\n<p>Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata perjanjian itu menjadi asas kepada pembentukan kerajaan dengan kerjasama parti politik yang mempunyai latar belakang, identiti dan pendirian berbeza.<\/p>\n<p>Menurutnya, perbezaan politik perlu diurus secara matang supaya tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan serta keyakinan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Keutamaan kita mestilah memastikan Kerajaan Persekutuan terus stabil, agenda reformasi dilaksanakan dan kesejahteraan rakyat sentiasa didahulukan sehingga ke penghujung penggal,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, dakwaan UMNO mengkhianati PKR susulan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas.<\/p>\n<p>Katanya, perkembangan politik pada peringkat negeri tidak wajar dijadikan ukuran tunggal untuk menilai komitmen terhadap kerjasama di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia ialah sebuah Persekutuan dan kerjasama politik di peringkat negeri tidak semestinya perlu menyalin hasil formula gabungan politik yang sama pada peringkat Persekutuan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Azalina berkata setiap negeri mempunyai realiti politik, mandat dan aspirasi rakyat tersendiri, selain rakyat berhak menentukan wakil serta kerajaan pilihan mereka melalui proses demokrasi.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, perbezaan strategi atau bentuk kerjasama dalam sesuatu Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak secara automatik bermaksud Perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan telah dilanggar.<\/p>\n<p>Beliau berkata tumpuan utama Kerajaan Perpaduan ketika ini perlu diberikan kepada kemampuan melaksanakan komitmen yang telah dijanjikan kepada rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan Perpaduan perlu meneruskan pelaksanaan komitmen kepada rakyat sepanjang baki tempoh Parlimen ke-15 sebagaimana dijanjikan dalam manifesto blok politik masing-masing pada PRU15,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU15 yang menghasilkan Parlimen tergantung, sebelum gabungan beberapa parti membentuk kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Kerjasama itu turut menyaksikan parti yang sebelum ini bersaing dalam pilihan raya bergabung bagi memastikan pentadbiran negara dapat diteruskan dengan tumpuan terhadap kestabilan politik, ekonomi dan agenda reformasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO menegaskan komitmennya untuk memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan terus terpelihara sehingga tamat penggal Parlimen ke-15, selaras dengan Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata perjanjian itu menjadi asas kepada pembentukan kerajaan dengan kerjasama parti politik yang mempunyai latar belakang, identiti dan pendirian berbeza. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1456,378,824,727,1618,951,548,146],"authors":[],"class_list":["post-14587","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azalina-othman-said","tag-bn","tag-kerjasama","tag-pakatan-harapan","tag-perpaduan","tag-pn","tag-pru","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14587","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14587"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14587\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14588,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14587\/revisions\/14588"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14587"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14587"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14587"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14587"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}