{"id":14642,"date":"2026-08-22T15:03:31","date_gmt":"2026-08-22T15:03:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14642"},"modified":"2026-08-22T15:03:31","modified_gmt":"2026-08-22T15:03:31","slug":"mekanisme-subsidi-diesel-bakal-ditambah-baik-armizan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mekanisme-subsidi-diesel-bakal-ditambah-baik-armizan\/","title":{"rendered":"Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka mengumumkan penambahbaikan mekanisme subsidi diesel dalam tempoh kurang daripada sebulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.<\/p>\n<p>Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) optimis pengumuman itu dapat dibuat lebih awal berbanding anggaran satu hingga dua bulan seperti dimaklumkan sebelum ini.<\/p>\n<p>Armizan berkata keyakinan itu susulan proses libat urus dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta pihak berkepentingan sudah selesai, dengan semua maklum balas diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>\u201cMaklum balas serta input daripada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak dan KPDN telah disampaikan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan selaku agensi Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cTerdapat beberapa penambahbaikan dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan subsidi berkenaan sentiasa memelihara kepentingan rakyat,\u201d katanya selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah MADANI dan Kempen Internet Selamat di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Pada 16 Ogos lalu, Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata kerajaan sedang meneliti beberapa penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel bersasar sebelum diumumkan dalam tempoh satu hingga dua bulan.<\/p>\n<p>Antara cadangan yang sedang diteliti termasuk penyederhanaan proses permohonan, kelonggaran kriteria kelayakan bagi isu kenderaan sambung bayar serta pemindahan kuota kepada ahli keluarga terdekat.<\/p>\n<p>Sementara itu, Armizan berkata KPDN turut membuka kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan terhadap dua syarikat pengusaha feri susulan kenaikan tambang perjalanan dari Kudat ke Pulau Banggi.<\/p>\n<p>Beliau berkata notis mendapatkan maklumat yang dikeluarkan pada penghujung Mac lalu tidak mendapat maklum balas, menyebabkan KPDN mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berlaku pakatan harga.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengarahkan MyCC untuk memulakan tindakan penyiasatan kerana terdapat aduan berlaku elemen pakatan apabila kedua-dua syarikat membuat pengumuman kenaikan harga bersama.<\/p>\n<p>\u201cSebarang unsur pakatan harga adalah menyalahi Akta Persaingan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan pengusaha feri tidak menerima subsidi diesel, Armizan menjelaskan feri penumpang awam layak mendapat subsidi melalui penggunaan skid tank dengan permohonan dibuat kepada Jabatan Laut Malaysia.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, semakan KPDN mendapati kedua-dua syarikat terbabit masih belum mengemukakan permohonan rasmi walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Armizan mencadangkan Kerajaan Negeri Sabah mengkaji pengambilalihan kawal selia dan pelesenan feri penumpang di bawah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi membuka lebih banyak ruang persaingan dalam pasaran.<\/p>\n<p>Cadangan itu akan dibawa kepada perhatian Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Ewon Benedick yang turut memegang portfolio pembangunan perindustrian, keusahawanan dan pengangkutan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka mengumumkan penambahbaikan mekanisme subsidi diesel dalam tempoh kurang daripada sebulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali. Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) optimis pengumuman itu dapat dibuat lebih awal berbanding anggaran satu hingga dua bulan seperti dimaklumkan sebelum ini. Armizan berkata keyakinan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[427,916,428,482,296],"authors":[],"class_list":["post-14642","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-armizan-mohd-ali","tag-diesel","tag-kpdn","tag-mof","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14642"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14643,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14642\/revisions\/14643"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14642"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}