{"id":14662,"date":"2026-08-23T07:54:56","date_gmt":"2026-08-23T07:54:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14662"},"modified":"2026-08-23T07:54:56","modified_gmt":"2026-08-23T07:54:56","slug":"prn-melaka-ab-rauf-nafi-jumpa-hadi-hari-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-ab-rauf-nafi-jumpa-hadi-hari-ini\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menafikan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang berada di Melaka hari ini.<\/p>\n<p>Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, kehadiran Abdul Hadi ke negeri itu adalah atas urusan parti dan tiada pertemuan rasmi antara mereka dijadualkan.<\/p>\n<p>\u201cTak ada, tak ada. Itu pertemuannya dengan parti. Setakat ini, tak ada pertemuan,\u201d katanya selepas merasmikan majlis penutup Siri Ke-14 Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Machap Jaya, Dewan FELDA Tun Ghafar Menggong, hari ini.<\/p>\n<p>Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berada di Melaka bagi menghadiri Majlis Makan Malam Amal PAS Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh malam ini.<\/p>\n<p>Kehadiran pemimpin PAS itu menjadi perhatian susulan PRN Melaka yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat, selain spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) menghadapi pilihan raya berkenaan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu turut mendapat perhatian selepas keputusan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu menyaksikan perubahan landskap politik negeri itu, dengan gabungan BN-PN membentuk kerajaan selepas menewaskan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Dalam masa sama, PH turut dilaporkan berminat untuk bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.<\/p>\n<p>Abdul Hadi sebelum ini menyatakan sebarang rundingan antara BN dan PN perlu mengambil kira jasa serta sumbangan PAS dalam kerjasama politik sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan rundingan dengan BN masih berjalan dan menunjukkan perkembangan positif, namun semua faktor perlu dipertimbangkan sebelum keputusan muktamad dibuat.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf berkata langkah itu akan dibuat pada masa yang sesuai bagi membuka laluan kepada PRN.<\/p>\n<p>\u201cBila buah masak, baru kita tuai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Melaka dijangka menjadi ujian penting buat BN, PN dan PH dalam mengukur kekuatan masing-masing, terutama selepas perubahan sokongan pengundi serta dinamik kerjasama politik yang berlaku selepas PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menafikan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang berada di Melaka hari ini. Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, kehadiran Abdul Hadi ke negeri itu adalah atas urusan parti dan tiada pertemuan rasmi antara mereka dijadualkan. \u201cTak ada, tak ada. Itu pertemuannya dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,901,4793,824,192,126,103],"authors":[],"class_list":["post-14662","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-abdul-hadi-awang","tag-jumpa","tag-kerjasama","tag-melaka","tag-pas","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14662","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14662"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14663,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14662\/revisions\/14663"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14662"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}