{"id":14691,"date":"2026-08-24T07:52:15","date_gmt":"2026-08-24T07:52:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14691"},"modified":"2026-08-24T07:52:15","modified_gmt":"2026-08-24T07:52:15","slug":"akmal-sahkan-pemuda-umno-akan-hadir-muktamar-pemuda-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-sahkan-pemuda-umno-akan-hadir-muktamar-pemuda-pas\/","title":{"rendered":"Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan beliau akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS yang dijadual berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini.<\/p>\n<p>Kehadiran itu susulan jemputan rasmi Pemuda PAS kepada kepemimpinan Pemuda UMNO, sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua sayap parti berkenaan bertemu dalam program rasmi.<\/p>\n<p>Akmal berkata, beliau sudah menyatakan komitmen untuk hadir bersama barisan kepemimpinan Pemuda UMNO.<\/p>\n<p>&#8220;Pertamanya memang ada jemputan daripada Pemuda PAS untuk menghadiri muktamar berkenaan dan insya-Allah, saya sudah menyatakan komitmen untuk hadir,&#8221; katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menarik perhatian susulan hubungan politik antara UMNO dan PAS yang pernah menjadi sebahagian daripada kerjasama politik melalui Muafakat Nasional, sebelum hubungan kedua-dua parti berdepan perubahan selepas pembentukan beberapa gabungan politik baharu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Akmal berkata Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada 10 September nanti akan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).<\/p>\n<p>Menurutnya, perhimpunan itu turut menjadi ruang kepada perwakilan mencadangkan idea dan dasar untuk dipertimbangkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>&#8220;Pada perhimpunan itu nanti kita akan buka untuk perwakilan mencadangkan perkara terbaik untuk dimasukkan dalam manifesto BN dalam mendepani PRU.<\/p>\n<p>&#8220;Kita akan dengar pandangan serta cadangan daripada perwakilan dan seterusnya dibawa berbincang ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Akmal yakin barisan Pemuda UMNO mempunyai pelbagai cadangan yang boleh diketengahkan bagi memperkukuh persediaan parti menghadapi pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>&#8220;Saya yakin, perwakilan Pemuda banyak idea yang boleh diketengahkan dan sudah pasti kita akan pertimbangkan,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan beliau akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS yang dijadual berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini. Kehadiran itu susulan jemputan rasmi Pemuda PAS kepada kepemimpinan Pemuda UMNO, sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua sayap parti berkenaan bertemu dalam program rasmi. Akmal berkata, beliau sudah menyatakan komitmen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3031,824,4801,126,171,146],"authors":[],"class_list":["post-14691","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-kerjasama","tag-muktamad","tag-pas","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14691","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14691"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14691\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14692,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14691\/revisions\/14692"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14691"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14691"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14691"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14691"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}