{"id":14700,"date":"2026-08-24T08:12:23","date_gmt":"2026-08-24T08:12:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14700"},"modified":"2026-08-24T08:12:23","modified_gmt":"2026-08-24T08:12:23","slug":"mahkamah-tolak-permohonan-lucut-hak-wang-rm21-1-juta-aman-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-tolak-permohonan-lucut-hak-wang-rm21-1-juta-aman-palestin\/","title":{"rendered":"Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang RM21.1 juta, AS$139,650.68 serta jongkong emas seberat satu kilogram milik Aman Palestin Berhad.<\/p>\n<p>Hakim Latifah Mohd Tahar ketika membacakan keputusan pada Isnin berkata, pendakwaan gagal membuktikan harta berkenaan berkait dengan perlakuan salah di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).<\/p>\n<p>Beliau berkata, Aman Palestin merupakan sebuah syarikat tidak berteraskan keuntungan yang ditubuhkan untuk menyelaras pelbagai bentuk bantuan amal kepada rakyat Palestin serta golongan kurang bernasib baik di seluruh dunia.<\/p>\n<p>\u201cDana responden diperoleh sepenuhnya melalui derma dalam pelbagai kaedah termasuk transaksi dalam talian, potongan bulanan daripada akaun serta tabung derma tunai di cawangan di seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cBermula 2018 hingga 2023, jumlah kutipan derma mencecah RM123.9 juta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Latifah, sumbangan diberikan secara sukarela oleh penderma dan wang berkenaan diterima sebagai milik Aman Palestin, sekali gus memberikan organisasi itu kawalan terhadap dana terbabit.<\/p>\n<p>Pendakwaan sebelum ini membekukan 12 akaun bank milik Aman Palestin pada November dan Disember 2023 sebelum permohonan lucut hak difailkan pada 15 November 2024.<\/p>\n<p>Pendakwaan mendakwa dana berkenaan diseleweng daripada tujuan asal selepas siasatan mendapati lebih RM64 juta dipindahkan bagi tujuan pelaburan, pembelian hartanah dan emas.<\/p>\n<p>Antara pihak yang menerima pemindahan wang itu termasuk Samudra Champa Sdn Bhd, Kerengga Merah Sdn Bhd, Isra Travel Sdn Bhd dan Yayasan Persahabatan Al-Insaniah Sejagat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah berpandangan sekiranya berlaku penyelewengan oleh pengarah syarikat ketika wang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan, liabiliti perlu dipertanggungjawabkan kepada individu terbabit dan tidak secara automatik melibatkan Aman Palestin sebagai responden.<\/p>\n<p>\u201cMahkamah mendapati pemohon gagal memenuhi beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian bagi semua permohonan tersebut. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selepas keputusan itu, pihak pendakwaan memohon penangguhan pelaksanaan perintah bagi menghalang sementara pemulangan wang dan harta yang dibekukan atau disita sehingga rayuan diputuskan.<\/p>\n<p>Mahkamah menetapkan pengurusan kes berhubung permohonan itu pada 4 September depan.<\/p>\n<p>Kes lucut hak tersebut mempunyai kaitan dengan siasatan lebih besar terhadap Aman Palestin. Pada 15 Februari 2024, tiga individu termasuk Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut, didakwa bersama seorang pengarah syarikat pelaburan atas 164 pertuduhan pecah amanah, penipuan dan pengubahan wang haram membabitkan RM39.5 juta.<\/p>\n<p>Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang RM21.1 juta, AS$139,650.68 serta jongkong emas seberat satu kilogram milik Aman Palestin Berhad. Hakim Latifah Mohd Tahar ketika membacakan keputusan pada Isnin berkata, pendakwaan gagal membuktikan harta berkenaan berkait dengan perlakuan salah di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4807,4183,414,3738,4806,420,2091,21],"authors":[],"class_list":["post-14700","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aman-palestin-berhad","tag-amlatfpuaa","tag-dana","tag-derma","tag-lucut-hak","tag-mahkamah-tinggi","tag-shah-alam","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14700","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14700"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14700\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14701,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14700\/revisions\/14701"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14700"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14700"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14700"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14700"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}