{"id":14704,"date":"2026-08-24T09:37:48","date_gmt":"2026-08-24T09:37:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14704"},"modified":"2026-08-24T09:38:13","modified_gmt":"2026-08-24T09:38:13","slug":"mahu-jawatan-pm-umno-perlu-bersama-dengan-pn-pas-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahu-jawatan-pm-umno-perlu-bersama-dengan-pn-pas-selangor\/","title":{"rendered":"Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor"},"content":{"rendered":"<p>UMNO perlu meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika mahu membuka laluan untuk kembali menduduki jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n<p>Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad berkata hasrat itu sukar dicapai jika UMNO meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memandangkan jawatan Perdana Menteri dalam gabungan berkenaan masih dikaitkan dengan calon daripada PKR.<\/p>\n<p>Katanya, kerjasama BN-PN di Melaka perlu diteruskan bagi memastikan momentum sokongan pengundi Melayu dapat dikekalkan sehingga PRU akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa mood sokongan pengundi Melayu menjadi faktor utama. PRN Negeri Sembilan baru-baru ini menunjukkan lebih 70 peratus pengundi Melayu menyokong gabungan BN-PN.<\/p>\n<p>\u201cGabungan yang wujud ini perlu diteruskan di Melaka agar ia berlanjutan sehingga ke PRU. Jika ia terhenti di Melaka, ia tidak akan sampai kepada PRU.<\/p>\n<p>\u201cMaka hasrat UMNO untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian. Jika UMNO mahu menjadi Perdana Menteri, teruskan kerjasama BN-PN,\u201d katanya dilaporkan Utusan.<\/p>\n<p>Iskandar turut yakin rundingan antara BN dan PN termasuk pembahagian kerusi serta pemilihan calon dapat dimuktamadkan sebelum PRN Melaka.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika PAS semakin terbuka menggesa BN mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN atas nama \u2018Perpaduan Ummah\u2019 menjelang PRN Melaka.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, rundingan antara kedua-dua gabungan masih berjalan, selain mendakwa terdapat sokongan dalam BN termasuk daripada kepimpinan Pemuda dan akar umbi untuk bekerjasama dengan PN.<\/p>\n<p>Mengulas kekuatan PN di Melaka, Iskandar berkata PAS dan Bersatu mempunyai pengaruh di kawasan yang merangkumi 14 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.<\/p>\n<p>\u201cJumlah itu membabitkan lima kerusi DUN di bawah Parlimen Masjid Tanah, empat di Tangga Batu dan lima di Jasin.<\/p>\n<p>\u201cKesemua 14 kerusi merupakan satu jumlah yang banyak dan Melaka ada 28 kerusi DUN secara keseluruhan. Oleh itu, BN perlu bekerjasama dengan PAS dan PN kerana sokongan rakyat yang tinggi terhadap gabungan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Melaka bakal menjadi antara medan penting untuk menentukan hala tuju hubungan BN-PN, khususnya dalam usaha masing-masing membentuk strategi menghadapi PRU akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO perlu meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika mahu membuka laluan untuk kembali menduduki jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad berkata hasrat itu sukar dicapai jika UMNO meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memandangkan jawatan Perdana Menteri dalam gabungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14654,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4808,69,824,126,197,146],"authors":[],"class_list":["post-14704","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-iskandar-abdul-samad","tag-jawatan","tag-kerjasama","tag-pas","tag-perdana-menteri","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14704","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14704"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14704\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14705,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14704\/revisions\/14705"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14704"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}