{"id":14709,"date":"2026-08-25T07:57:37","date_gmt":"2026-08-25T07:57:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14709"},"modified":"2026-08-25T07:57:37","modified_gmt":"2026-08-25T07:57:37","slug":"anwar-jadikan-ajaran-rasulullah-panduan-hidup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-jadikan-ajaran-rasulullah-panduan-hidup\/","title":{"rendered":"Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu sambutan Maulidur Rasul diterjemahkan kepada penghayatan nilai kehidupan Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar tertumpu kepada perarakan dan acara sambutan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Maulidur Rasul perlu menjadi ruang untuk menyuntik kesedaran, semangat baharu dan pencerahan dalam kalangan umat Islam supaya ajaran Rasulullah SAW dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>\u201cDalam konteks kefahaman Islam, cabarannya adalah penghayatannya. Bukan sambutannya, bukan pestanya, bukan perarakannya, tetapi apa yang digesa dalam firman Allah SWT.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, sambutan begini adalah untuk menyuntik semangat baharu, bukan untuk mengekalkan kealpaan lama. Setiap episod hidup Rasulullah SAW itu satu pengajaran kehidupan,\u201d katanya ketika berucap pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448\/2026 di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, cabaran umat Islam masa kini adalah memastikan nilai Islam benar-benar menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bukan hanya dalam kalangan umat Islam tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.<\/p>\n<p>Menurutnya, konsep rahmatan lil \u2018alamin perlu diterjemahkan melalui pembinaan masyarakat yang berpegang kepada nilai, prinsip dan idealisme, selain sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.<\/p>\n<p>Beliau berkata masyarakat yang dibentuk berdasarkan ajaran Rasulullah SAW perlu memiliki nilai jelas seperti menyenangi kebaikan, menghormati orang lain, menjunjung keadilan serta menolak kemungkaran, rasuah, penyelewengan, keangkuhan, penindasan dan perkauman sempit.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana kita boleh hidupkan masyarakat Melayu, masyarakat Islam di Malaysia ini, yang boleh dibina atas prinsip diterapkan Nabi Muhammad SAW menjadi masyarakat istimewa, bersifat menyeluruh, tetapi ada kelainannya, ada ciri luar biasa, yang bergerak mendorong ke arah kecemerlangan.<\/p>\n<p>\u201cIni ujian dan cabaran tatkala kita menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Bukan pesta, bukan perarakan, bukan sambutan biasa, tetapi mendorong ke arah penghayatan lebih bermakna,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar turut menggesa pendekatan dakwah masa kini diperbaiki supaya mesej Islam disampaikan dengan cara lebih dekat dan mudah diterima masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, terdapat keadaan apabila pendekatan dakwah menyebabkan sebahagian masyarakat berasa takut atau kurang tertarik kepada Islam, sedangkan Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam menyampaikan ajaran agama.<\/p>\n<p>\u201cBayangkan dakwah kita dan pergerakan kita sekarang, orang lebih takut dan tidak tertarik dengan Islam, berbeza dengan apa yang kita sebut tadi. Kita sebut Rasulullah SAW itu contoh terbaik.<\/p>\n<p>\u201cIni teguran kepada kita masing-masing. Bagaimana boleh kita perbaiki?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sambutan Maulidur Rasul tahun ini menjadi antara wadah penting untuk memperkukuh penghayatan nilai Islam dalam kehidupan masyarakat, selaras dengan tuntutan menjadikan ajaran Rasulullah SAW sebagai panduan membina masyarakat yang adil, berakhlak dan progresif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu sambutan Maulidur Rasul diterjemahkan kepada penghayatan nilai kehidupan Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar tertumpu kepada perarakan dan acara sambutan. Beliau berkata, Maulidur Rasul perlu menjadi ruang untuk menyuntik kesedaran, semangat baharu dan pencerahan dalam kalangan umat Islam supaya ajaran Rasulullah SAW dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. \u201cDalam konteks kefahaman Islam, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4810,4809,18,2124],"authors":[],"class_list":["post-14709","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-maulidur-rasul","tag-nabi-muhammad-saw","tag-pmx","tag-sambutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14709","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14709"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14709\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14710,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14709\/revisions\/14710"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14709"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14709"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14709"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14709"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}