{"id":14729,"date":"2026-08-25T10:14:29","date_gmt":"2026-08-25T10:14:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14729"},"modified":"2026-08-25T10:14:29","modified_gmt":"2026-08-25T10:14:29","slug":"rci-tabung-haji-ditubuh-ketika-umno-berkuasa-kenapa-dipersoal-sekarang-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-tabung-haji-ditubuh-ketika-umno-berkuasa-kenapa-dipersoal-sekarang-mahfuz\/","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? &#8211; Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan pendirian UMNO yang mengangkat tema \u201cjangan mempolitikkan Tabung Haji\u201d, sedangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu ditubuhkan ketika parti berkenaan masih berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, rakyat berhak mempersoalkan latar belakang penubuhan RCI dan sebab siasatan itu diteruskan ketika kerajaan diterajui UMNO.<\/p>\n<p>\u201cBukankah RCI Tabung Haji itu sendiri lahir ketika UMNO masih berada dalam kerajaan? Malah, ketika RCI ditubuhkan dan prosesnya berjalan, Ismail Sabri ketika itu menjadi Perdana Menteri dan ramai anggota Kabinet terdiri daripada UMNO dan BN,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, justeru tidak wajar RCI itu kini seolah-olah digambarkan sebagai instrumen kerajaan lain untuk menyerang UMNO.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika laporan RCI tidak penting atau sekadar membentuk \u201cpersepsi\u201d, persoalan utama ialah mengapa kerajaan ketika itu membenarkan siasatan berkenaan dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cKalau dapatan RCI semuanya sekadar \u2018persepsi\u2019, mengapa kerajaan ketika itu membenarkan proses siasatan tersebut berjalan? Kalau hari ini kita mahu menghormati dapatan profesional, hormatilah juga dapatan RCI,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan isu Tabung Haji tidak seharusnya dilihat sebagai pertarungan antara Pakatan Harapan (PH), UMNO atau PAS kerana institusi itu berkait dengan kepentingan jutaan pendeposit.<\/p>\n<p>\u201cRCI bukan milik PH. RCI bukan milik UMNO. RCI bukan milik PAS. Tabung Haji milik amanah pendeposit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, beliau bersetuju penjelasan bekas Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad mengenai perbezaan metodologi Jabatan Audit Negara (JAN) dan PwC didengar secara terbuka.<\/p>\n<p>Namun, katanya, perbezaan metodologi tidak seharusnya mengaburkan persoalan lebih besar berkaitan pengurusan, pelaburan dan tadbir urus Tabung Haji.<\/p>\n<p>Beliau berkata, laporan RCI turut menyentuh persoalan serius termasuk cadangan audit forensik terhadap beberapa pelaburan, selain dapatan berkaitan transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat.<\/p>\n<p>\u201cInilah yang rakyat mahu tahu. Bukan sekadar \u2018kenapa angka JAN RM3.4 bilion, PwC RM1.4 bilion?\u2019, tetapi apa yang sebenarnya berlaku kepada wang dan aset Tabung Haji sehingga persoalan sebesar ini muncul?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, UMNO tidak sepatutnya mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu RCI kerana parti itu sendiri berada dalam kerajaan ketika proses berkenaan berlangsung.<\/p>\n<p>\u201cJangan politikkan Tabung Haji, kita setuju. Tetapi jangan pula politikkan laporan RCI dengan hanya mengambil bahagian yang menguntungkan naratif sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan kepada pendeposit.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan pendirian UMNO yang mengangkat tema \u201cjangan mempolitikkan Tabung Haji\u201d, sedangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu ditubuhkan ketika parti berkenaan masih berada dalam kerajaan. Beliau berkata, rakyat berhak mempersoalkan latar belakang penubuhan RCI dan sebab siasatan itu diteruskan ketika kerajaan diterajui UMNO. \u201cBukankah RCI Tabung Haji itu sendiri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,3300,828,23,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-14729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-mahfuz-omar","tag-rci","tag-siasatan","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14730,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14729\/revisions\/14730"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14729"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}