{"id":14736,"date":"2026-08-26T03:47:53","date_gmt":"2026-08-26T03:47:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14736"},"modified":"2026-08-26T03:48:08","modified_gmt":"2026-08-26T03:48:08","slug":"jangan-ulang-rci-hanya-kerana-tak-suka-keputusan-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-ulang-rci-hanya-kerana-tak-suka-keputusan-mahfuz\/","title":{"rendered":"Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi menyiasat isu Tabung Haji (TH) dipersoalkan Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, RCI tidak sepatutnya dilihat seperti peperiksaan yang boleh diulang semata-mata kerana keputusan terdahulu tidak menepati kehendak atau naratif politik pihak tertentu.<\/p>\n<p>\u201cKenapa bila dapatan RCI tidak sesuai dengan naratif politik, penyelesaiannya ialah minta RCI baharu?\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika terdapat kesalahan fakta dalam laporan RCI sebelum ini, pihak yang mempertikaikannya perlu menunjukkan secara jelas fakta yang didakwa salah, termasuk mengemukakan dokumen dan bukti jika terdapat kesimpulan yang tidak tepat.<\/p>\n<p>\u201cJangan sekadar menggunakan perkataan \u2018manipulasi\u2019 tanpa menunjukkan dengan tepat apa yang dimanipulasi,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mempersoalkan cadangan RCI baharu itu selepas Takiyuddin menghadiri program bertemakan \u201cRealiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSaya setuju, jangan politikkan Tabung Haji. Tetapi jangan juga politikkan RCI dengan memilih hanya bahagian yang sesuai dengan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Takiyuddin juga perlu menjelaskan mengapa ruang Parlimen sebelum ini tidak digunakan untuk membahaskan dapatan RCI secara terbuka jika benar terdapat kebimbangan terhadap ketepatan fakta dalam laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan RCI sepatutnya menjadi mekanisme mencari kebenaran dan bukan alat untuk memenangkan mana-mana parti politik.<\/p>\n<p>\u201cRCI bukan alat untuk memenangkan UMNO. Bukan alat untuk memenangkan PAS. Bukan alat untuk memenangkan PH. RCI ialah mekanisme mencari kebenaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya institusi yang menjaga amanah jutaan pendeposit.<\/p>\n<p>Mahfuz turut menegaskan proses RCI Tabung Haji bukan bermula semata-mata kerana Kerajaan MADANI mahu mencari musuh politik, sebaliknya proses itu bermula ketika kerajaan terdahulu masih berkuasa, dengan UMNO dan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan ketika itu.<\/p>\n<p>\u201cKalau RCI itu salah, buktikan salahnya. Kalau RCI itu betul, laksanakan syornya. Kalau ada perkara selepas tempoh RCI yang perlu disiasat, siasat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, dirinya tidak takut jika RCI kedua mahu dijalankan, namun ia tidak sepatutnya digunakan untuk mengaburkan dapatan RCI pertama.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak takut kepada RCI kedua. Tetapi saya juga tidak mahu RCI kedua digunakan untuk mengaburkan RCI pertama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan, jika terdapat fakta baharu atau bukti baharu, perkara itu wajar disiasat berdasarkan bukti, bukan dengan mengadakan RCI baharu hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cJangan minta RCI baharu hanya kerana tidak suka keputusan RCI lama. Kalau ada fakta yang salah, patahkan dengan fakta, bukan dengan RCI baharu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendeposit TH tidak memerlukan siasatan yang mengikut selera politik, sebaliknya memerlukan kebenaran yang tidak memihak kepada mana-mana parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi menyiasat isu Tabung Haji (TH) dipersoalkan Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar. Mahfuz berkata, RCI tidak sepatutnya dilihat seperti peperiksaan yang boleh diulang semata-mata kerana keputusan terdahulu tidak menepati kehendak atau naratif politik pihak tertentu. \u201cKenapa bila dapatan RCI tidak sesuai dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2732,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,3300,126,828,1314,2294],"authors":[],"class_list":["post-14736","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-mahfuz-omar","tag-pas","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-takiyuddin-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14736"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14737,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14736\/revisions\/14737"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2732"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14736"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}