{"id":14746,"date":"2026-08-26T05:07:01","date_gmt":"2026-08-26T05:07:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14746"},"modified":"2026-08-26T05:07:01","modified_gmt":"2026-08-26T05:07:01","slug":"dedah-semua-jangan-pilih-pilih-laporan-rci-th-demi-kepentingan-politik-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dedah-semua-jangan-pilih-pilih-laporan-rci-th-demi-kepentingan-politik-amk\/","title":{"rendered":"Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mempersoalkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji disifatkan sebagai cubaan mengalihkan fokus apabila dapatan siasatan tidak selari dengan naratif politik yang dibawa UMNO.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin berkata, sebelum ini Akmal antara pihak yang lantang mendesak laporan RCI Tabung Haji didedahkan.<\/p>\n<p>Katanya, selepas laporan itu dibuka kepada umum dan beberapa tangkapan dibuat pihak penguat kuasa, persoalan baharu pula dibangkitkan apabila dapatan siasatan tidak memenuhi kehendak politik tertentu.<\/p>\n<p>\u201cAkmal sebelum ini antara yang lantang mendesak supaya laporan RCI Tabung Haji didedahkan. Hari ini laporan itu sudah didedahkan dan beberapa tangkapan telah dibuat oleh badan penguat kuasa.<\/p>\n<p>\u201cTetapi apabila apa yang didedahkan tidak menepati naratif politik yang mahu beliau bawa, beliau cuba mengalihkan tiang gol pula,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Danish berkata, RCI Tabung Haji tidak ditubuhkan ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, justeru kerajaan hari ini tidak seharusnya dipersalahkan atas dapatan yang terkandung dalam laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan UMNO yang mempunyai wakil di Parlimen serta menjadi sebahagian daripada kerajaan supaya menggunakan saluran Parlimen untuk membangkitkan sebarang persoalan mengenai laporan itu.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada perkara dalam laporan RCI yang dirasakan tidak lengkap, bawa ke Parlimen. Bahas, tanya dan desak jawapan. Kalau ada bukti baharu, serahkan untuk disiasat. Tidak kira siapa terlibat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Danish mempersoalkan mengapa isu seperti dakwaan amalan \u2018creative accounting\u2019, kelemahan tadbir urus serta pelaburan yang mengalami kerugian sehingga 100 peratus kurang diberi perhatian.<\/p>\n<p>\u201cIni semua persoalan besar yang sepatutnya Akmal dan UMNO jawab dan perjuangkan. Anehnya, bab ini senyap pula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyokong gesaan supaya laporan RCI didedahkan sepenuhnya, termasuk perkara yang mungkin tidak selesa untuk mana-mana pihak.<\/p>\n<p>\u201cKalau nak dedah, dedah semuanya. Bahaskan semuanya. Jangan hanya memilih bahagian tertentu untuk mengukuhkan naratif politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Danish berkata, Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya institusi yang mengurus amanah jutaan pendeposit.<\/p>\n<p>\u201cKalau benar mahu kebenaran, terima kebenaran itu sepenuhnya. Jangan cari RCI sampai jumpa jawapan yang kita suka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pengurusan dan tadbir urus Tabung Haji sebelum ini turut menjadi perhatian selepas kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan berkaitan pengurusan institusi itu. Pendedahan laporan berkenaan kini mencetuskan perdebatan baharu mengenai dapatan siasatan serta tindakan susulan pihak berkuasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mempersoalkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji disifatkan sebagai cubaan mengalihkan fokus apabila dapatan siasatan tidak selari dengan naratif politik yang dibawa UMNO. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin berkata, sebelum ini Akmal antara pihak yang lantang mendesak laporan RCI Tabung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6448,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,952,3031,171,828,1314,1418,146],"authors":[],"class_list":["post-14746","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-danish-hairudin","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-pemuda","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-th","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14746","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14746"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14746\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14747,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14746\/revisions\/14747"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14746"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14746"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14746"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14746"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}