{"id":14748,"date":"2026-08-26T05:14:05","date_gmt":"2026-08-26T05:14:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14748"},"modified":"2026-08-26T05:14:05","modified_gmt":"2026-08-26T05:14:05","slug":"kj-mohon-mahkamah-dedah-siapa-di-sebalik-artikel-fitnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kj-mohon-mahkamah-dedah-siapa-di-sebalik-artikel-fitnah\/","title":{"rendered":"KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memohon perintah mahkamah supaya MYNIC Bhd mendedahkan identiti pemilik domain focusmalaysia.my serta individu di sebalik artikel yang didakwa memfitnahnya.<\/p>\n<p>Menurut laporan New Straits Times, Khairy memfailkan tindakan sivil itu bagi mendapatkan maklumat pemilik berdaftar domain terbabit, termasuk identiti pihak yang mengendalikan laman berkenaan.<\/p>\n<p>Permohonan itu susulan penerbitan artikel bertajuk \u201810 Sebab Mengapa KJ Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri, Rakyat Malaysia Perlu Meneliti Rekod Masa Lalunya Dengan Teliti\u2019 pada 10 Mac lalu.<\/p>\n<p>Artikel itu ditulis oleh individu menggunakan nama samaran \u2018pemerhati rasuah\u2019.<\/p>\n<p>Khairy berkata identiti penulis terbabit tidak diketahui dan sukar dikenal pasti tanpa campur tangan mahkamah.<\/p>\n<p>Beliau melalui peguamnya turut menghantar surat tuntutan kepada Focus Malaysia Sdn Bhd pada 13 Mac lalu. Namun, syarikat itu menafikan pemilikan terhadap laman web berkenaan dengan alasan sudah melupuskan keseluruhan perniagaannya sekitar 2018.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Khairy memohon dokumen berkaitan pendaftaran domain daripada MYNIC, termasuk tarikh asal pendaftaran, tarikh luput, identiti pendaftar bertauliah serta rekod sebarang perubahan pemilikan.<\/p>\n<p>Dalam afidavit jawapan, MYNIC memaklumkan pihaknya mempunyai maklumat berkaitan pemilikan domain berkenaan dan tidak mempunyai halangan untuk mendedahkannya sekiranya diarahkan mahkamah.<\/p>\n<p>MYNIC turut memaklumkan syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik domain pada 10 Mac 2026, ketika artikel itu diterbitkan, masih kekal sebagai pemilik berdaftar.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, MYNIC membantah permohonan Khairy untuk mendapatkan surat-menyurat dan komunikasi antara pihak pendaftaran domain, pemilik berdaftar serta pendaftar bertauliah.<\/p>\n<p>Menurut MYNIC, dokumen berkenaan tidak relevan atau tidak diperlukan bagi prosiding saman fitnah yang dicadangkan.<\/p>\n<p>MYNIC turut menegaskan pihaknya adalah pihak ketiga yang tidak bersalah dan bukan defendan dalam saman fitnah yang difailkan Khairy.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memohon perintah mahkamah supaya MYNIC Bhd mendedahkan identiti pemilik domain focusmalaysia.my serta individu di sebalik artikel yang didakwa memfitnahnya. Menurut laporan New Straits Times, Khairy memfailkan tindakan sivil itu bagi mendapatkan maklumat pemilik berdaftar domain terbabit, termasuk identiti pihak yang mengendalikan laman berkenaan. Permohonan itu susulan penerbitan artikel bertajuk \u201810 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":607,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4823,291,4822,326,4821,290,146],"authors":[],"class_list":["post-14748","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-artikel","tag-fitnah","tag-focusmalaysia","tag-khairy-jamaluddin","tag-mynic-bhd","tag-saman","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14748","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14748"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14748\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14749,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14748\/revisions\/14749"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14748"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}