{"id":14750,"date":"2026-08-26T05:15:29","date_gmt":"2026-08-26T05:15:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14750"},"modified":"2026-08-26T05:15:29","modified_gmt":"2026-08-26T05:15:29","slug":"peja-bersatu-tak-mampu-bergerak-solo-di-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peja-bersatu-tak-mampu-bergerak-solo-di-melaka\/","title":{"rendered":"Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu mengakui parti itu memerlukan gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas kekuatan di peringkat bahagian dilihat belum mencukupi untuk bergerak sendirian.<\/p>\n<p>Naib Presidennya, Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu perlu memperkukuhkan kedudukannya menjelang PRN berkenaan, termasuk menilai kekuatan di setiap kawasan.<\/p>\n<p>\u201cSecara umum, kita perlu ada gabungan. Tanpa gabungan, memang susahlah kita hendak bergerak sendirian.<\/p>\n<p>\u201cKerana kekuatan bahagian-bahagian di Melaka itu sendiri belum cukup untuk kami bergerak sendiri,\u201d katanya kepada Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ahmad Faizal tidak menjelaskan sama ada gabungan yang dimaksudkan itu akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) atau membabitkan kerjasama dengan pihak lain.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau memberi gambaran hubungan Bersatu dengan PN ketika ini tidak begitu kukuh.<\/p>\n<p>\u201cRasanya, PN semakin melupakan kami. Kami ini orang baik, kami tidak lupakan orang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir ketika kedudukan Bersatu dalam PN terus menjadi perhatian menjelang pilihan raya, khususnya selepas timbul pelbagai perbezaan pandangan mengenai hala tuju gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Melaka mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan PRN sebelum ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi.<\/p>\n<p>Mengenai penggunaan lambang bunga raya Bersatu pada PRN akan datang, Ahmad Faizal berkata perkara itu masih belum diputuskan oleh kepimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cBelum ada keputusan daripada pimpinan parti. Kita akan tetapkan nanti.<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini, kami masih menilai kekuatan di semua kawasan dan saya sendiri telah turun membuat audit atau naziran ke semua bahagian di seluruh negeri Melaka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata penilaian itu penting bagi menentukan strategi terbaik Bersatu sebelum keputusan mengenai bentuk kerjasama dan penggunaan logo dibuat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu mengakui parti itu memerlukan gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas kekuatan di peringkat bahagian dilihat belum mencukupi untuk bergerak sendirian. Naib Presidennya, Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu perlu memperkukuhkan kedudukannya menjelang PRN berkenaan, termasuk menilai kekuatan di setiap kawasan. \u201cSecara umum, kita perlu ada gabungan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11816,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,3238,240,192,541,103],"authors":[],"class_list":["post-14750","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-faizal-azumu","tag-gabungan","tag-melaka","tag-perikatan-nasional","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14750","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14750"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14750\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14751,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14750\/revisions\/14751"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14750"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}