{"id":14753,"date":"2026-08-26T07:23:25","date_gmt":"2026-08-26T07:23:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14753"},"modified":"2026-08-26T07:33:38","modified_gmt":"2026-08-26T07:33:38","slug":"aziz-bari-gesa-umno-pas-henti-pertikai-rci-tabung-haji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aziz-bari-gesa-umno-pas-henti-pertikai-rci-tabung-haji\/","title":{"rendered":"Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji"},"content":{"rendered":"<p>UMNO dan PAS perlu menghentikan polemik berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji serta memberi laluan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan susulan terhadap dapatan laporan itu.<\/p>\n<p>Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, berkata tindakan kedua-dua parti berkenaan selepas laporan RCI didedahkan dilihat ganjil, termasuk tindakan PAS memboikot persidangan Parlimen dan penganjuran seminar yang mempertikaikan dapatan suruhanjaya berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTidak pernah berlaku sebelum ini kita saksikan tindakan boikot yang dilakukan PAS di Parlimen serta seminar mempertikai dapatan sebuah Suruhanjaya Diraja,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, UMNO dan PAS perlu menerima hakikat RCI Tabung Haji ditubuhkan dan menyiapkan laporannya ketika kedua-dua parti itu masih berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Aziz berkata suruhanjaya itu turut menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, justeru dapatan yang dikemukakan perlu dihormati.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan titah Yang di-Pertuan Agong supaya tindakan diambil terhadap pihak yang terbabit dalam isu berkenaan dan mereka yang bertanggungjawab dicari hingga \u201cke lubang cacing\u201d.<\/p>\n<p>\u201cMasa untuk siasatan sudah berlalu dan sekarang adalah masa untuk bertindak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Aziz mendakwa PAS khususnya enggan menggunakan ruang yang tersedia untuk membahaskan isu itu sebelum bersama UMNO mengalihkan perhatian kepada perkara lain.<\/p>\n<p>\u201cUMNO dan PAS seakan-akan takut dengan bayang-bayang sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata isu Tabung Haji bukan sekadar membabitkan kepentingan umat Islam, sebaliknya turut memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan apabila langkah menyelamatkan institusi itu turut melibatkan wang pembayar cukai.<\/p>\n<p>\u201cSkandal Tabung Haji ini adalah isu yang menyentuh kepentingan semua kaum di Malaysia kerana langkah menyelamatkan Tabung Haji telah melibatkan semua rakyat, khususnya pembayar cukai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Aziz menggesa desakan UMNO dan PAS berhubung RCI baharu tidak dilayan, sebaliknya agensi penguat kuasa perlu segera mengambil tindakan berdasarkan dapatan laporan yang telah didedahkan.<\/p>\n<p>Laporan RCI Tabung Haji menjadi perhatian selepas kerajaan mendedahkan hasil siasatan berhubung pengurusan dan kedudukan kewangan institusi itu kepada umum, susulan desakan pelbagai pihak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO dan PAS perlu menghentikan polemik berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji serta memberi laluan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan susulan terhadap dapatan laporan itu. Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, berkata tindakan kedua-dua parti berkenaan selepas laporan RCI didedahkan dilihat ganjil, termasuk tindakan PAS memboikot persidangan Parlimen dan penganjuran seminar yang mempertikaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13155,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4459,63,126,828,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-14753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aziz-bari","tag-dap","tag-pas","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14754,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14753\/revisions\/14754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13155"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14753"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}