{"id":14758,"date":"2026-08-26T07:33:23","date_gmt":"2026-08-26T07:33:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14758"},"modified":"2026-08-26T07:33:23","modified_gmt":"2026-08-26T07:33:23","slug":"kerajaan-perketat-kawalan-platform-e-dagang-terima-aduan-pengguna-banyak-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-perketat-kawalan-platform-e-dagang-terima-aduan-pengguna-banyak-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan mengambil tindakan bagi memperkemas kawal selia platform e-dagang di Malaysia susulan peningkatan aduan berkaitan jualan produk, penipuan serta pematuhan peraturan.<\/p>\n<p>Langkah itu susulan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi supaya meneliti tindakan segera termasuk proses pendaftaran terhadap platform e-dagang yang beroperasi dalam negara.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, terdapat platform e-dagang yang sudah mematuhi keperluan dengan mempunyai syarikat berdaftar serta pejabat di Malaysia.<\/p>\n<p>Namun, masih ada platform yang beroperasi tanpa mempunyai syarikat berdaftar atau alamat rasmi dalam negara.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi untuk meneliti tindakan segera bagi melaksanakan proses kawal selia termasuk pendaftaran bagi platform-platform e-dagang,\u201d katanya semasa sidang media mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan berkenaan penting bagi memastikan semua platform yang menjalankan aktiviti e-dagang di Malaysia tertakluk kepada kerangka kawal selia yang sewajarnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, pihak MCMC menerima 1,964 aduan berkaitan jualan produk dalam platform e-dagang atau perkara yang berkaitan dengan platform berkenaan sejak 1 Januari 2025 hingga 25 Ogos 2026.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, sebanyak 1,147 aduan diterima sepanjang 2025, manakala 817 lagi diterima dari 1 Januari hingga 25 Ogos 2026.<\/p>\n<p>Sebanyak 118 aduan masih dalam tindakan MCMC.<\/p>\n<p>Antara aduan yang diterima termasuk 161 kes berkaitan produk elektrik atau elektronik, selain empat aduan mengenai kesahihan status halal produk yang dijual menerusi platform e-dagang.<\/p>\n<p>Selain isu pematuhan produk, penipuan dalam talian turut menjadi antara perkara yang dilaporkan pengguna.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini meningkatkan perhatian terhadap aktiviti perdagangan digital susulan pertumbuhan pesat penggunaan platform e-dagang, termasuk pembelian barangan dari penjual tempatan dan luar negara.<\/p>\n<p>Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi kini akan meneliti beberapa tindakan bagi memastikan platform terbabit mematuhi keperluan pendaftaran serta peraturan yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa tindakan akan diambil oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Langkah itu dijangka memberi tumpuan kepada platform yang belum mempunyai kehadiran korporat atau alamat rasmi di Malaysia, selain memperkukuh perlindungan pengguna dalam urusan perdagangan digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan mengambil tindakan bagi memperkemas kawal selia platform e-dagang di Malaysia susulan peningkatan aduan berkaitan jualan produk, penipuan serta pematuhan peraturan. Langkah itu susulan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi supaya meneliti tindakan segera termasuk proses pendaftaran terhadap platform e-dagang yang beroperasi dalam negara. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8975,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1649,1781,49,235,184,16,2788],"authors":[],"class_list":["post-14758","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aduan","tag-e-dagang","tag-fahmi-fadzil","tag-kabinet","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-platform"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14759,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14758\/revisions\/14759"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8975"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14758"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}