{"id":14760,"date":"2026-08-26T07:42:07","date_gmt":"2026-08-26T07:42:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14760"},"modified":"2026-08-26T07:42:07","modified_gmt":"2026-08-26T07:42:07","slug":"mahkamah-kekal-keputusan-ketua-menteri-p-pinang-menang-kes-saman-fitnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-kekal-keputusan-ketua-menteri-p-pinang-menang-kes-saman-fitnah\/","title":{"rendered":"Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah ahli perniagaan Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow mahkamah, rKon Yeow.<\/p>\n<p>Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Dr Alwi Abdul Wahab bersama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan Kok Ping terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 November 2024.<\/p>\n<p>Dalam penghakimannya, Alwi berkata Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan responden (Kon Yeow) boleh dianggap sebagai komen yang adil kerana ia merupakan pendapat jujur berdasarkan fakta yang dibuktikan berhubung perkara berkepentingan awam iaitu tadbir urus sebuah institusi kebajikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata pembelaan justifikasi oleh Kon Yeow berjaya dibuktikan selepas mahkamah mendapati inti pati kenyataan itu secara umum adalah benar.<\/p>\n<p>Menurutnya, doktrin \u201cseparuh benar\u201d juga tidak terpakai kerana tiada fakta material yang disembunyikan dalam kenyataan berkenaan.<\/p>\n<p>Alwi turut berkata Tan gagal membuktikan wujudnya niat jahat ketika kenyataan itu dibuat, selain pembelaan perlindungan bersyarat oleh Kon Yeow turut terpakai.<\/p>\n<p>\u201cKon Yeow berhak memberikan respons secara terbuka terhadap surat peletakan jawatan Tan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahkamah turut memerintahkan Kok Ping membayar kos RM50,000.<\/p>\n<p>Saman itu difailkan Tan pada Januari 2024 berhubung kenyataan Kon Yeow dalam dua sidang media pada 1 dan 6 Disember 2023 di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Pada ketika itu, Kok Ping dan Kon Yeow merupakan pemegang amanah Penang and Province Wellesley Silver Jubilee Fund, sebuah perbadanan yang ditubuhkan bagi menguruskan Silver Jubilee Home.<\/p>\n<p>Kok Ping mengambil tindakan undang-undang selepas kenyataan Kon Yeow dalam sidang media berkenaan dilaporkan media.<\/p>\n<p>Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kemudian menolak saman itu, mendorong Kok Ping mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.<\/p>\n<p>Dalam prosiding hari ini, Kok Ping diwakili peguam K. Kirubakaran, Kek Boon Wei dan Lee Wen Qian, manakala Kon Yeow diwakili Cheah Eng Soon.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah ahli perniagaan Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow mahkamah, rKon Yeow. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Dr Alwi Abdul Wahab bersama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan Kok Ping terhadap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3476,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[226,291,1630,67,290,4824],"authors":[],"class_list":["post-14760","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-chow-kon-yeow","tag-fitnah","tag-mahkamah-rayuan","tag-pulau-pinang","tag-saman","tag-tan-kok-ping"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14760","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14760"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14760\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14761,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14760\/revisions\/14761"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14760"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14760"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14760"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14760"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}