{"id":14764,"date":"2026-08-26T11:23:19","date_gmt":"2026-08-26T11:23:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14764"},"modified":"2026-08-26T11:23:19","modified_gmt":"2026-08-26T11:23:19","slug":"dua-pembantu-najib-diperintah-bayar-rm483000-kepada-pendakwah-bebas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-pembantu-najib-diperintah-bayar-rm483000-kepada-pendakwah-bebas\/","title":{"rendered":"Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas"},"content":{"rendered":"<p>Pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin memenangi saman terhadap aktivis politik Zamil Ibrahim dan bekas pegawai khas Najib Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi, selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan kedua-duanya membayar ganti rugi serta kos berjumlah RM483,000.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Aimi Zaini selepas mahkamah mendapati wujud konspirasi untuk mendapatkan wang daripada Ahmad Husam selain penerbitan di media sosial oleh kedua-dua defendan mengandungi unsur fitnah.<\/p>\n<p>Peguam Ahmad Husam, Muhammad Asyraf Abd Aziz dari firma guaman Zain Megat &amp; Murad, mengesahkan keputusan itu.<\/p>\n<p>\u201cMahkamah mengakui terdapat konspirasi untuk mencederakan Ustaz Husam melalui kewangan dengan komplot mendapatkan RM400,000 daripada Ustaz Husam.<\/p>\n<p>\u201cKedua, mahkamah memutuskan setiap penerbitan oleh Zamil dan Mukhlis di media sosial adalah satu fitnah terhadap Ustaz Husam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zamil, yang pernah memimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), turut dikenali sebagai penyokong tegar Najib Razak dan pernah aktif dalam politik serta isu berkaitan bekas perdana menteri itu.<\/p>\n<p>Pada 27 Disember 2023, Ahmad Husam memfailkan saman fitnah bernilai RM5 juta terhadap empat individu termasuk Zamil dan Mukhlis.<\/p>\n<p>Kes itu turut mempunyai latar belakang laporan polis yang dibuat Ahmad Husam pada 29 Mac 2024, selepas beliau mendakwa menerima ugutan daripada kedua-dua individu terbabit.<\/p>\n<p>Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Husam mendakwa Zamil menemui seorang bapa saudaranya yang dikenali sebagai \u201cPak Ndak\u201d dengan tujuan memfitnah serta cuba memeras ugutnya.<\/p>\n<p>Mengulas keputusan hari ini, Ahmad Husam menyifatkan kemenangan itu sebagai satu kelegaan selepas melalui perjalanan panjang untuk mendapatkan keadilan.<\/p>\n<p>\u201cSaya dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membenarkan keseluruhan tuntutan saman saya terhadap dua individu, iaitu Zamil dan Mukhlis berhubung konspirasi untuk mendapatkan sejumlah wang daripada saya secara salah serta perbuatan fitnah terhadap saya.<\/p>\n<p>\u201cSesungguhnya perjalanan untuk sampai ke hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun saya percaya kebenaran mungkin mengambil masa untuk terserlah, tetapi dengan izin Allah SWT, kebenaran tetap akan menemukan jalannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam yang membantu sepanjang prosiding kes berkenaan.<\/p>\n<p>Kes saman itu menjadi perhatian selepas pertikaian antara Ahmad Husam dan kedua-dua defendan berkembang daripada dakwaan berkaitan kewangan kepada penerbitan pelbagai kandungan di media sosial yang didakwa memfitnah pendakwah berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin memenangi saman terhadap aktivis politik Zamil Ibrahim dan bekas pegawai khas Najib Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi, selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan kedua-duanya membayar ganti rugi serta kos berjumlah RM483,000. Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Aimi Zaini selepas mahkamah mendapati wujud konspirasi untuk mendapatkan wang daripada Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14765,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2245,291,314,58,290],"authors":[],"class_list":["post-14764","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-husam-muhamad-baderudin","tag-fitnah","tag-kes","tag-mahkamah","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14764","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14764"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14764\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14766,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14764\/revisions\/14766"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14765"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14764"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14764"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14764"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14764"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}