{"id":14769,"date":"2026-08-26T15:21:13","date_gmt":"2026-08-26T15:21:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14769"},"modified":"2026-08-26T15:21:13","modified_gmt":"2026-08-26T15:21:13","slug":"anwar-kebebasan-mahasiswa-mesti-diberi-sepenuhnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-kebebasan-mahasiswa-mesti-diberi-sepenuhnya\/","title":{"rendered":"Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberikan sepenuhnya supaya universiti kembali menjadi ruang untuk pemikiran kritis, perbahasan dan percambahan idea baharu.<\/p>\n<p>Beliau berkata pihak pengurusan universiti serta kementerian berkaitan perlu menerima realiti kebebasan mahasiswa penting dalam membentuk budaya keilmuan yang lebih dinamik.<\/p>\n<p>&#8220;Menerima kenyataan ruang kebebasan mahasiswa harus diberikan sepenuhnya tanpa sebarang kekangan yang menghalang kegiatan mereka. Sama ada kita setuju atau tidak, itu soal lain.<\/p>\n<p>&#8220;Kita boleh berbahas dan menuntut anak-anak mahasiswa mempertahankan hujah mereka, tetapi mesti menjadikan belia universiti ini sebagai medan untuk pemikiran kritis dan pemikiran segar,&#8221; katanya ketika menjadi moderator Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 bertemakan Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, malam tadi.<\/p>\n<p>Pada forum itu, beliau turut mengarahkan supaya tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang dikenakan semata-mata kerana menyuarakan kritikan atau pandangan akademik ditarik balik serta-merta.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau ada mahasiswa yang diberikan tindakan disiplin semata-mata kerana suara mereka, kritikan mereka, termasuk kritikan kepada Perdana Menteri, saya rasa mulai esok mereka hendaklah dilepaskan sepenuhnya.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau kes polis, ya&#8230; itu isu lain,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan kebebasan bersuara tidak bermaksud mahasiswa boleh bertindak di luar batas undang-undang atau mengganggu ketenteraman awam.<\/p>\n<p>&#8220;Anda boleh suarakan pendirian anda, tetapi anda tidak boleh mengganggu ketenteraman atau merosakkan harta awam. Bila kita kata kebebasan itu, nak bersuara, beri pandangan atau hantar memo, itu dialu-alukan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengenai usaha menambah baik AUKU 1971, Anwar berkata sebarang pindaan tidak seharusnya digunakan untuk mengukuhkan kuasa kerajaan atau menteri.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau mahu pemusatan kuasa dikurangkan bagi memberi lebih banyak autonomi kepada universiti dalam urusan pentadbiran dan akademik.<\/p>\n<p>&#8220;Sebarang pindaan ini tidak boleh digunakan untuk memperkukuh kuasa menteri. Yang sedikit akan mengurangkan kuasa kerajaan sendiri, kuasa menteri atau kementerian untuk memberikan lebih banyak kelonggaran dan kebebasan kepada universiti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Isu kebebasan mahasiswa dan AUKU kembali mendapat perhatian susulan tuntutan supaya undang-undang berkenaan ditambah baik agar lebih selari dengan perkembangan pendidikan tinggi serta keperluan mahasiswa masa kini.<\/p>\n<p>Forum berkenaan turut menampilkan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Presiden Akademi Sains Malaysia Tengku Mohd Azzman Shariffadeen sebagai panel.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberikan sepenuhnya supaya universiti kembali menjadi ruang untuk pemikiran kritis, perbahasan dan percambahan idea baharu. Beliau berkata pihak pengurusan universiti serta kementerian berkaitan perlu menerima realiti kebebasan mahasiswa penting dalam membentuk budaya keilmuan yang lebih dinamik. &#8220;Menerima kenyataan ruang kebebasan mahasiswa harus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[144,13,4718,654,18,402],"authors":[],"class_list":["post-14769","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akta","tag-anwar","tag-auku","tag-mahasiswa","tag-pmx","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14769","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14769"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14769\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14770,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14769\/revisions\/14770"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14769"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14769"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14769"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14769"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}