{"id":14808,"date":"2026-08-28T02:42:36","date_gmt":"2026-08-28T02:42:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14808"},"modified":"2026-08-28T02:42:36","modified_gmt":"2026-08-28T02:42:36","slug":"bn-mahu-pertahan-21-kerusi-di-melaka-prn-pada-bila-bila-masa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-mahu-pertahan-21-kerusi-di-melaka-prn-pada-bila-bila-masa\/","title":{"rendered":"BN mahu pertahan 21 kerusi di Melaka, PRN pada bila-bila masa"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Melaka tidak berganjak daripada pendirian untuk mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu.<\/p>\n<p>Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu menjadi garis sempadan dalam sebarang rundingan kerjasama politik dengan parti lain menjelang PRN akan datang.<\/p>\n<p>\u201cBN kekal bertanding di semua 21 kerusi dan tiada kompromi mengenainya.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak akan kompromi 21 kerusi kerana itu adalah garis sempadan perbincangan. Jika ada mana-mana parti ingin bekerjasama, perkara ini mereka kena patuhi,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut Ab Rauf, BN tetap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti yang berminat menjalinkan kerjasama politik, namun rundingan itu perlu dibuat atas asas yang munasabah.<\/p>\n<p>\u201cSaya alu-alukan siapa hendak datang, tetapi asas perbincangan mestilah berdasarkan kepada satu rasional yang cukup munasabah.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak boleh hendak menguruskan apa juga keputusan melainkan saya mendapat mandat daripada Majlis Tertinggi UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual bersidang malam ini.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri secara majoriti mudah. Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Ab Rauf memberi bayangan pembubaran DUN Melaka boleh berlaku pada bila-bila masa, sekali gus membuka laluan kepada PRN yang akan datang.<\/p>\n<p>\u201cPilihan raya ini bila-bila masa sahaja. Tidak ada masalah, cuma tarikh itu saya belum dapat ilham,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut enggan mendedahkan lebih awal tarikh pembubaran DUN kerana mahu mengekalkan unsur kejutan.<\/p>\n<p>\u201cPembubaran itu saya akan buat bila waktu bubar. Kalau saya beritahu sekarang, tak ada \u2018thrill\u2019 lah, buat apa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Melaka tidak berganjak daripada pendirian untuk mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu. Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu menjadi garis sempadan dalam sebarang rundingan kerjasama politik dengan parti lain menjelang PRN akan datang. \u201cBN kekal bertanding di semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,378,409,100,1572,192,103,146],"authors":[],"class_list":["post-14808","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bn","tag-dun","tag-kerusi","tag-ketua-menteri","tag-melaka","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14808","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14808"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14809,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14808\/revisions\/14809"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14808"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}