{"id":14815,"date":"2026-08-28T09:08:09","date_gmt":"2026-08-28T09:08:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14815"},"modified":"2026-08-28T09:08:09","modified_gmt":"2026-08-28T09:08:09","slug":"jalur-gemilang-terbalik-mca-perak-tampil-mohon-maaf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jalur-gemilang-terbalik-mca-perak-tampil-mohon-maaf\/","title":{"rendered":"Jalur Gemilang terbalik, MCA Perak tampil mohon maaf"},"content":{"rendered":"<p>MCA Perak memohon maaf selepas pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Perak secara terbalik di bangunan ibu pejabatnya di Ipoh, pagi tadi.<\/p>\n<p>Pengerusinya, Mah Hang Soon, berkata kejadian itu berpunca daripada kesilapan seorang kakitangan yang ditugaskan memasang kedua-dua bendera sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.<\/p>\n<p>\u201cMCA Perak menegaskan ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan tiada niat sedikit pun untuk menghina Jalur Gemilang dan bendera Negeri Perak.<\/p>\n<p>\u201cSebaik sahaja kesilapan itu disedari, kedua-dua bendera berkenaan diturunkan serta-merta dan dikibarkan semula dengan betul,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Hang Soon, kakitangan berkenaan sudah berusia dan ditugaskan memasang serta memacakkan Jalur Gemilang dan bendera Perak di premis berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, polis dari Balai Polis Ipoh turut hadir kira-kira jam 1 tengah hari bagi menjalankan siasatan serta merakam percakapan kakitangan terbabit dan pegawai pentadbiran ibu pejabat MCA Perak.<\/p>\n<p>\u201cMCA Perak telah dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hang Soon berkata, kakitangan terbabit turut menyatakan kekesalan atas kejadian itu dan secara sukarela menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>Katanya, ibu pejabat MCA Perak menerima peletakan jawatan itu atas dasar menghormati keputusan peribadi kakitangan berkenaan yang sudah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama bertahun-tahun.<\/p>\n<p>Kes berkenaan turut mengheret Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong, mempersoalkan pendekatannya dalam isu bendera.<\/p>\n<p>Kah Leong mendakwa Akmal mengamalkan sikap pilih kasih kerana sebelum ini lantang mengkritik kesalahan berkaitan Jalur Gemilang, namun tidak menunjukkan sikap sama apabila melibatkan kerajaan negeri atau rakan komponen politik.<\/p>\n<p>\u201cApabila melibatkan peniaga kecil Pulau Pinang, satu himpunan digerakkan untuk menakutkan peniaga tersebut sehingga menatijahkan kedai terpaksa ditutup.<\/p>\n<p>\u201cNamun tidak ditunjukkan sikap garangnya apabila melibatkan kerajaan negeri Terengganu, Negeri Sembilan dan MCA,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kah Leong turut meminta tindakan tegas dikenakan secara adil tanpa mengira latar belakang politik pihak terbabit.<\/p>\n<p>\u201cJangan sibuk membuli rakyat biasa dan bagi laluan VIP kepada rakan-rakan sendiri. Rakyat pandai menilai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Akmal turut mengkritik kejadian itu menerusi media sosial.<\/p>\n<p>\u201cBuat dulu lepas tu minta maaf. Bosan dah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa undang-undang diperketatkan dengan hukuman lebih berat terhadap pihak yang melakukan kesalahan berkaitan bendera.<\/p>\n<p>\u201cAlasan tidak perasan ini dah tidak lojik. Orang kurang waras pun tahu cara pemasangan bendera dengan betul!\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik sebelum ini beberapa kali mencetuskan perhatian dan kecaman awam, terutama menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA Perak memohon maaf selepas pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Perak secara terbalik di bangunan ibu pejabatnya di Ipoh, pagi tadi. Pengerusinya, Mah Hang Soon, berkata kejadian itu berpunca daripada kesilapan seorang kakitangan yang ditugaskan memasang kedua-dua bendera sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. \u201cMCA Perak menegaskan ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan tiada niat sedikit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14564,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[61,3031,1058,4833,180,171,473,146],"authors":[],"class_list":["post-14815","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bendera","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-jalur-gemilang","tag-mah-hang-soon","tag-mca","tag-pemuda","tag-terbalik","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14815","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14815"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14815\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14816,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14815\/revisions\/14816"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14564"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14815"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14815"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14815"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14815"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}