{"id":14822,"date":"2026-08-28T09:23:07","date_gmt":"2026-08-28T09:23:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14822"},"modified":"2026-08-28T09:23:07","modified_gmt":"2026-08-28T09:23:07","slug":"pulau-pinang-johor-dan-selangor-pacu-dagangan-negara-dosm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pulau-pinang-johor-dan-selangor-pacu-dagangan-negara-dosm\/","title":{"rendered":"Pulau Pinang, Johor dan Selangor pacu dagangan negara: DOSM"},"content":{"rendered":"<p>Pulau Pinang, Johor dan Selangor menjadi penyumbang terbesar kepada perdagangan Malaysia pada Julai 2026, dengan ketiga-tiga negeri itu menyumbang 79.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.<\/p>\n<p>Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah perdagangan Malaysia pada Julai lalu mencecah RM364.7 bilion, terdiri daripada eksport RM193.6 bilion dan import RM171.1 bilion.<\/p>\n<p>Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri pengeksport utama negara dengan menyumbang 48.4 peratus daripada keseluruhan eksport Malaysia. Ia diikuti Johor sebanyak 19.1 peratus dan Selangor 14.7 peratus.<\/p>\n<p>Sarawak pula menyumbang 5.2 peratus, manakala Kuala Lumpur sebanyak 2.9 peratus.<\/p>\n<p>&#8220;Pulau Pinang juga mencatatkan sebahagian besar import Malaysia iaitu 30.0 peratus diikuti Selangor (23.4 peratus), Johor (22.9 peratus), Kuala Lumpur (9.6 peratus) dan Kedah (3.9 peratus),&#8221; menurut DOSM dalam Statistik Eksport dan Import Mengikut Negeri Julai 2026 yang dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p>Prestasi perdagangan itu turut menunjukkan pertumbuhan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu.<\/p>\n<p>DOSM berkata eksport Malaysia pada Julai 2026 meningkat RM53.5 bilion atau 38.2 peratus berbanding Julai 2025, dengan peningkatan terbesar disumbangkan Pulau Pinang sebanyak RM40.4 bilion.<\/p>\n<p>Johor menyusul dengan peningkatan RM10.1 bilion, diikuti Selangor RM3.7 bilion, Sarawak RM1.6 bilion, Perak RM511.9 juta, Kedah RM511 juta dan Kuala Lumpur RM507 juta.<\/p>\n<p>Eksport turut meningkat di Kelantan sebanyak RM153.7 juta dan Negeri Sembilan RM35 juta.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beberapa negeri merekodkan penurunan eksport, termasuk Sabah yang susut RM1.9 bilion, Pahang RM1 bilion, Labuan RM405.1 juta, Terengganu RM208.8 juta, Melaka RM156.9 juta dan Perlis RM31.1 juta.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, import Malaysia meningkat RM45.7 bilion atau 36.4 peratus pada Julai 2026 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Pulau Pinang mencatatkan peningkatan import terbesar sebanyak RM21.8 bilion, diikuti Selangor RM7.8 bilion, Kuala Lumpur RM7.3 bilion dan Johor RM7.3 bilion.<\/p>\n<p>Kedah merekodkan peningkatan RM1.5 bilion, manakala Sarawak meningkat RM810.2 juta dan Pahang RM789.5 juta.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan, Sabah, Perak dan Labuan turut mencatat pertumbuhan import masing-masing sebanyak RM594.3 juta, RM268.5 juta, RM180.3 juta dan RM145.6 juta.<\/p>\n<p>Sebaliknya, import menurun di Melaka sebanyak RM1.3 bilion, selain Kelantan RM24.7 juta, Perlis RM43.9 juta dan Terengganu RM4 juta.<\/p>\n<p>Prestasi Julai itu memperlihatkan sektor perdagangan Malaysia terus banyak bergantung kepada beberapa negeri perindustrian utama, khususnya Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang menjadi hab penting aktiviti eksport serta import negara. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pulau Pinang, Johor dan Selangor menjadi penyumbang terbesar kepada perdagangan Malaysia pada Julai 2026, dengan ketiga-tiga negeri itu menyumbang 79.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah perdagangan Malaysia pada Julai lalu mencecah RM364.7 bilion, terdiri daripada eksport RM193.6 bilion dan import RM171.1 bilion. Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7915,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[82,68,504,823],"authors":[],"class_list":["post-14822","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dosm","tag-ekonomi","tag-pelaburan","tag-perdagangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14822","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14822"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14822\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14823,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14822\/revisions\/14823"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14822"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14822"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14822"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14822"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}