{"id":14824,"date":"2026-08-28T14:38:26","date_gmt":"2026-08-28T14:38:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14824"},"modified":"2026-08-28T14:38:26","modified_gmt":"2026-08-28T14:38:26","slug":"auku-dimansuh-mahasiswa-diberi-ruang-bersuara-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/auku-dimansuh-mahasiswa-diberi-ruang-bersuara-anwar\/","title":{"rendered":"AUKU dimansuh, mahasiswa diberi ruang bersuara: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bertujuan memberi lebih ruang kepada mahasiswa untuk bersuara, berfikir secara kritis serta mengembangkan kreativiti dan daya cipta.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata golongan mahasiswa perlu diberikan kebebasan mengemukakan pandangan dan membincangkan isu secara terbuka, selain dibimbing menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta dan ilmu.<\/p>\n<p>\u201cAnak-anak sudah 18 tahun. Mereka boleh mengundi, jadi mengapa perlu disekat?<\/p>\n<p>\u201cSaya hapuskan akta universiti untuk memberikan ruang kepada anak-anak untuk bicara secara bebas kerana saya mahu mendidik mereka dengan daya cipta, kreativiti, penilaian dan pandangan kritis,\u201d katanya semasa Sesi Temu Anwar Bersama Pelajar sempena Program Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.<\/p>\n<p>Anwar berkata kebebasan bersuara perlu disertai kemampuan menilai sesuatu isu secara matang, bukannya berdasarkan sentimen, bagi melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemimpin politik juga mempunyai tanggungjawab mendidik masyarakat berasaskan fakta dan ilmu serta mengelakkan pendekatan yang mengeksploitasi sentimen perkauman.<\/p>\n<p>Mengulas minat golongan muda untuk menyertai politik, Anwar berkata mereka perlu memiliki *courage of conviction*, iaitu keberanian mempertahankan pendirian berdasarkan keyakinan dan ilmu.<\/p>\n<p>\u201cPolitik merupakan bidang mulia jika kita menjadikannya mulia, namun ia boleh jadi kotor dan penuh rasuah sekiranya kita mudah dipengaruhi mereka yang terang-terangan mengamalkan rasuah.<\/p>\n<p>\u201cSilakan sertai politik. Jika kita bercakap mengenai masyarakat, komuniti dan negara, pastikan kita menceburi politik dan berkhidmat kerana cinta kepada negara ini serta yakin akan masa depannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sesi berkenaan menghimpunkan 800 generasi muda terdiri daripada 400 pelajar Tingkatan Lima, 277 pelajar Tingkatan Enam dan 123 pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun.<\/p>\n<p>Program itu memberi peluang kepada golongan muda berdialog secara langsung dengan Perdana Menteri, selain menyuarakan pandangan dan bertukar idea mengenai peranan mereka dalam pembangunan negara.<\/p>\n<p>Pada sebelah pagi, program turut diisi dengan Tuisyen Belia MADANI membabitkan 400 pelajar Tingkatan Lima daripada 10 sekolah sekitar Permatang Pauh bagi persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).<\/p>\n<p>Pelajar turut mengikuti sesi motivasi bagi meningkatkan keyakinan menghadapi SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain penyampaian Sumbangan Sejahtera MADANI\u2013Pendidikan kepada 10 murid. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bertujuan memberi lebih ruang kepada mahasiswa untuk bersuara, berfikir secara kritis serta mengembangkan kreativiti dan daya cipta. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata golongan mahasiswa perlu diberikan kebebasan mengemukakan pandangan dan membincangkan isu secara terbuka, selain dibimbing menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta dan ilmu. \u201cAnak-anak sudah 18 tahun. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14437,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4718,532,654,4727,18,498],"authors":[],"class_list":["post-14824","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-auku","tag-kebebasan","tag-mahasiswa","tag-mansuh","tag-pmx","tag-universiti"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14824","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14824"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14824\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14825,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14824\/revisions\/14825"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14437"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14824"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14824"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14824"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14824"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}