{"id":14826,"date":"2026-08-28T14:43:28","date_gmt":"2026-08-28T14:43:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14826"},"modified":"2026-08-28T14:43:28","modified_gmt":"2026-08-28T14:43:28","slug":"dua-rakyat-malaysia-di-nepal-berjaya-dikesan-55-lagi-masih-gagal-dihubungi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-rakyat-malaysia-di-nepal-berjaya-dikesan-55-lagi-masih-gagal-dihubungi\/","title":{"rendered":"Dua rakyat Malaysia di Nepal berjaya dikesan, 55 lagi masih gagal dihubungi"},"content":{"rendered":"<p>Dua daripada 57 rakyat Malaysia yang sebelum ini gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal berjaya dikesan, manakala 55 lagi masih belum dapat dihubungi setakat 2.22 petang tadi.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, berkata kedua-dua individu itu dilaporkan selamat, namun maklumat berkaitan identiti, lokasi dan status mereka masih dalam proses semakan.<\/p>\n<p>\u201cDaripada angka 57 itu, dua orang telah dilaporkan selamat setakat ini,\u201d katanya lapor Bernama.<\/p>\n<p>Menurutnya, semakan silang dilakukan bagi memastikan maklumat yang diterima tepat selain mengelakkan pertindihan dalam senarai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.<\/p>\n<p>Beliau berkata angka 55 individu itu masih tertakluk kepada pengesahan lanjut berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan.<\/p>\n<p>Menteri Luar, Mohamad Hasan, turut mengarahkan kementerian meneruskan pemantauan rapat terhadap perkembangan operasi mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.<\/p>\n<p>Susulan itu, seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dihantar ke Kathmandu bagi membantu operasi Kedutaan Besar Malaysia di Nepal, termasuk menyelaras maklumat dan berurusan dengan pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n<p>Kedutaan Malaysia di Kathmandu turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan tindak balas kecemasan, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi berkaitan serta pengendali pelancongan untuk mendapatkan dan mengesahkan maklumat mengenai rakyat Malaysia terbabit.<\/p>\n<p>Setakat ini, pihak berkuasa Nepal melaporkan 528 individu berjaya diselamatkan, terdiri daripada 490 warga Nepal dan 38 warga asing. Bagaimanapun, belum ada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan individu yang diselamatkan.<\/p>\n<p>Banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di daerah Rasua pada 26 Ogos susulan limpahan Sungai Bote Koshi. Kejadian itu menyebabkan kerosakan teruk terhadap jalan raya dan jambatan selain gangguan bekalan elektrik serta rangkaian komunikasi.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan itu menyukarkan akses ke kawasan terjejas sekali gus menjejaskan usaha mencari dan menyelamat serta mendapatkan maklumat mengenai rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Syed Mohamad Hasrin berkata keadaan di kawasan terjejas kekal mencabar dengan risiko keselamatan yang boleh berubah dengan pantas, selain operasi mencari dan menyelamat berdepan kekangan cuaca serta kerosakan infrastruktur.<\/p>\n<p>\u201cKita mengharapkan yang terbaik\u2026 tetapi dalam keadaan ini agak sukar, pihak berkuasa di sana pun rakyat mereka terlibat&#8230; keadaan pun teruk, jalan terputus&#8230; jambatan runtuh dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bilik operasi Kementerian Luar di Putrajaya kini beroperasi 24 jam bagi menyelaras maklumat, membantu rakyat Malaysia yang terjejas serta menyalurkan perkembangan terkini kepada ahli keluarga.<\/p>\n<p>Kementerian turut meminta ahli keluarga atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan rakyat Malaysia di Nepal menghubungi Bilik Gerakan Putrajaya di talian +603 8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua daripada 57 rakyat Malaysia yang sebelum ini gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal berjaya dikesan, manakala 55 lagi masih belum dapat dihubungi setakat 2.22 petang tadi. Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, berkata kedua-dua individu itu dilaporkan selamat, namun maklumat berkaitan identiti, lokasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14827,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1674,558,57,38,4825,4835],"authors":[],"class_list":["post-14826","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-banjir","tag-bencana","tag-duta","tag-malaysia","tag-nepal","tag-syed-mohamad-hasrin-tengku-hussin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14826","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14826"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14826\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14828,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14826\/revisions\/14828"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14827"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14826"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14826"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14826"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14826"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}