{"id":14835,"date":"2026-08-28T15:02:06","date_gmt":"2026-08-28T15:02:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14835"},"modified":"2026-08-28T15:02:06","modified_gmt":"2026-08-28T15:02:06","slug":"mahfuz-gesa-mufti-kedah-beri-panduan-isu-doa-pecah-perut-dibuat-sanusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahfuz-gesa-mufti-kedah-beri-panduan-isu-doa-pecah-perut-dibuat-sanusi\/","title":{"rendered":"Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu \u2018doa pecah perut\u2019 dibuat Sanusi"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar menggesa Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang tampil memberikan panduan kepada masyarakat berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mendoakan keburukan terhadap individu tertentu.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sekadar pertikaian politik susulan polemik lesen premis perjudian di Kedah, sebaliknya turut menyentuh soal adab dan akhlak dalam Islam.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau tidak mahu menentukan hukum bagi pihak mufti, namun institusi agama perlu menjelaskan batas yang wajar dalam perbezaan pandangan supaya masyarakat tidak keliru.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu menentukan hukum bagi pihak Mufti. Tetapi justeru kerana ini menyentuh soal agama dan akhlak, Mufti Kedah tidak wajar berdiam diri,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus susulan kenyataan Sanusi berhubung isu lesen premis perjudian di Kedah selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan berkaitan perkara berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam ucapan tersebut, Sanusi didakwa menggunakan ungkapan termasuk perkataan \u201ccelaka\u201d dan \u201cpecah perut\u201d, yang kemudian mengundang reaksi daripada parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah sama ada Islam membenarkan seorang pemimpin menyeru orang ramai mendoakan keburukan atau kemudaratan terhadap individu yang tidak dipersetujuinya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan sama ada ungkapan mendoakan seseorang \u201cpecah perut\u201d selari dengan akhlak Islam, terutama ketika berdepan perbezaan pandangan.<\/p>\n<p>\u201cKita perlu menolak judi tanpa mendoakan orang pecah perut. Kita boleh menentang dasar tanpa memaki manusia. Kita boleh menang atau kalah di mahkamah tanpa kehilangan akhlak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mengingatkan supaya pertikaian berkaitan undang-undang diselesaikan melalui mahkamah dan saluran Perlembagaan, bukan sehingga perbezaan politik bertukar menjadi kebencian peribadi.<\/p>\n<p>Katanya, Kedah mempunyai tradisi keilmuan Islam yang panjang menerusi institusi ulama dan pondok, justeru aspek adab ketika berbeza pendapat perlu terus dipelihara.<\/p>\n<p>Beliau berharap Mufti Kedah tidak melihat isu tersebut hanya sebagai pertikaian antara PH dan PAS, sebaliknya memberikan panduan agama untuk kepentingan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cMufti Kedah perlu bersuara bukan untuk membela Anwar, tetapi untuk membela akhlak Islam,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar menggesa Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang tampil memberikan panduan kepada masyarakat berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mendoakan keburukan terhadap individu tertentu. Mahfuz berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sekadar pertikaian politik susulan polemik lesen premis perjudian di Kedah, sebaliknya turut menyentuh soal adab [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,3318,145,125,981,753,1968,4839,124],"authors":[],"class_list":["post-14835","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-doa","tag-judi","tag-kedah","tag-lesen","tag-mahfuz","tag-mufti","tag-pecah-perut","tag-sanusi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14835","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14835"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14835\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14836,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14835\/revisions\/14836"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14835"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14835"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14835"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14835"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}