{"id":14840,"date":"2026-08-29T05:21:40","date_gmt":"2026-08-29T05:21:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14840"},"modified":"2026-08-29T05:21:40","modified_gmt":"2026-08-29T05:21:40","slug":"kes-bendera-terbalik-mengapa-mca-perak-diberi-layanan-berbeza-dengan-rakyat-lain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-bendera-terbalik-mengapa-mca-perak-diberi-layanan-berbeza-dengan-rakyat-lain\/","title":{"rendered":"Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan tindakan polis menahan dan mereman dua individu dalam kes kesilapan pemasangan Jalur Gemilang di Kulai, Johor, sedangkan kes membabitkan pihak lain hanya diselesaikan dengan rakaman percakapan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sekiranya kesilapan memasang Jalur Gemilang berlaku secara tidak sengaja, segera diperbetulkan dan disusuli permohonan maaf, tindakan tangkapan tidak sepatutnya dikenakan.<\/p>\n<p>Namun, katanya, dua rakyat biasa dalam kes di Kulai ditahan dan direman selama empat hari, selain menjalani ujian air kencing.<\/p>\n<p>\u201cDalam kes MCA Perak, pihak terlibat sekadar dirakam percakapan tanpa ditahan. Apabila Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang, alasan \u2018kesilapan teknikal\u2019 diterima dan tiada tangkapan dilaporkan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Lim berkata, perbezaan tindakan dalam beberapa kes berkenaan menimbulkan persoalan sama ada pendekatan polis bergantung kepada pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cKesilapan hampir sama, tetapi layanan polis jauh berbeza. Adakah tindakan polis bergantung pada siapa yang terlibat?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Ketua Polis Negara perlu segera memberikan penjelasan berhubung dakwaan wujud layanan berbeza antara rakyat biasa, individu berprofil tinggi dan agensi kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPolis tidak boleh bertindak keras terhadap rakyat biasa tetapi berlembut apabila melibatkan \u2018VIP\u2019 dan agensi kerajaan. Itu bukan keadilan. Itu pilih kasih,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa Ketua Polis Negara mengambil tanggungjawab sekiranya gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai perbezaan tindakan dalam kes terbabit.<\/p>\n<p>\u201cJika beliau gagal memberikan jawapan yang munasabah atau terus membisu seperti dalam kes Kulai, beliau mesti meletakkan jawatan atau dipecat serta-merta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pemasangan Jalur Gemilang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan beberapa kes kesilapan mempamerkan bendera Malaysia, termasuk susunan atau reka bentuk yang tidak tepat.<\/p>\n<p>Kes-kes terbabit mencetuskan perdebatan mengenai tindakan penguatkuasaan serta sama ada hukuman dikenakan secara konsisten tanpa mengira latar belakang pihak terlibat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan tindakan polis menahan dan mereman dua individu dalam kes kesilapan pemasangan Jalur Gemilang di Kulai, Johor, sedangkan kes membabitkan pihak lain hanya diselesaikan dengan rakaman percakapan. Beliau berkata, sekiranya kesilapan memasang Jalur Gemilang berlaku secara tidak sengaja, segera diperbetulkan dan disusuli permohonan maaf, tindakan tangkapan tidak sepatutnya dikenakan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3763,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[61,63,1058,889,180,52,473],"authors":[],"class_list":["post-14840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bendera","tag-dap","tag-jalur-gemilang","tag-lim-lip-eng","tag-mca","tag-perak","tag-terbalik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14840"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14841,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14840\/revisions\/14841"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14840"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}