{"id":14842,"date":"2026-08-29T05:27:44","date_gmt":"2026-08-29T05:27:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14842"},"modified":"2026-08-29T05:27:58","modified_gmt":"2026-08-29T05:27:58","slug":"umno-negeri-dibenarkan-teroka-kerjasama-dengan-parti-lain-tapi-bersyarat-asyraf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-negeri-dibenarkan-teroka-kerjasama-dengan-parti-lain-tapi-bersyarat-asyraf\/","title":{"rendered":"UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf"},"content":{"rendered":"<p>UMNO memberi ruang kepada kepimpinan parti di peringkat negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti politik lain bagi mencari bentuk kerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, malam tadi.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rundingan berkenaan perlu dilakukan atas dasar keikhlasan dan kepercayaan tanpa sebarang bentuk ugutan atau gertakan.<\/p>\n<p>\u201cPerbincangan dan rundingan ini mestilah berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya melibatkan ugutan atau gertakan,\u201d katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat itu.<\/p>\n<p>Keputusan berkenaan membuka ruang kepada UMNO negeri meneroka kemungkinan kerjasama dengan parti politik lain menjelang pilihan raya akan datang, ketika landskap politik negara terus berubah dan rundingan antara parti menjadi antara tumpuan utama.<\/p>\n<p>Dalam mesyuarat sama, MKT UMNO turut menegaskan kepentingan prinsip kedaulatan undang-undang dan anggapan tidak bersalah.<\/p>\n<p>Asyraf Wajdi berkata, seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan dan disabitkan kesalahannya oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata UMNO menolak tindakan yang bertujuan memalukan atau mengaibkan individu, termasuk membentuk persepsi seolah-olah seseorang yang ditahan untuk membantu siasatan sudah melakukan kesalahan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, UMNO menegaskan parti tidak akan mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan atau penyimpangan, termasuk jika ia melibatkan ahli atau pemimpin parti.<\/p>\n<p>Menurut Asyraf Wajdi, mereka yang terbabit wajib berdepan proses undang-undang dan dihadapkan ke muka pengadilan.<\/p>\n<p>MKT UMNO turut mengambil maklum pelbagai kajian mengenai sentimen rakyat, khususnya masyarakat Melayu. Menurut Asyraf Wajdi, dapatan kajian menunjukkan harapan terhadap penyatuan ummah serta kepentingan keindukan Melayu sebagai antara asas kestabilan politik negara.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, UMNO akan menjemput kepimpinan tertinggi PAS menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 September ini.<\/p>\n<p>\u201cIa sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tiga program turut dijadual berlangsung sehari sebelum perhimpunan, iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif. Ketiga-tiganya terbuka kepada orang awam.<\/p>\n<p>Mesyuarat MKT itu turut menyaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, mengangkat sumpah sebagai anggota MKT UMNO.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO memberi ruang kepada kepimpinan parti di peringkat negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti politik lain bagi mencari bentuk kerjasama menghadapi pilihan raya akan datang. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, malam tadi. Setiausaha Agung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,4154,824,2833,633,146],"authors":[],"class_list":["post-14842","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-asyraf-wajdi-dusuki","tag-kerjasama","tag-mkt","tag-pilihan-raya","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14842","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14842"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14842\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14844,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14842\/revisions\/14844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14842"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14842"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14842"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14842"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}