{"id":14845,"date":"2026-08-29T05:30:08","date_gmt":"2026-08-29T05:30:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14845"},"modified":"2026-08-29T05:30:08","modified_gmt":"2026-08-29T05:30:08","slug":"ketirisan-disekat-wang-rakyat-akan-dipulangkan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ketirisan-disekat-wang-rakyat-akan-dipulangkan-anwar\/","title":{"rendered":"Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan wang negara yang berjaya diselamatkan daripada ketirisan dan salah guna perlu dikembalikan kepada rakyat supaya hasil negara dapat dinikmati golongan yang berhak.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan tidak boleh berdiam diri apabila berlaku kehilangan atau ketirisan dana awam, sebaliknya tindakan mesti diambil berdasarkan siasatan dan bukti.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat. Itu saja. Itu kena maki berbagai-bagai.<\/p>\n<p>\u201cKalau orang nak RM2,000 saja, yang kamu ambil dan bagi hilang ini bilion-bilion ringgit, saya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat,\u201d katanya ketika berucap pada Program Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman Penanti, Kubang Semang pada Sabtu.<\/p>\n<p>Anwar berkata, ketegasan kerajaan dalam menangani ketirisan mungkin mengundang kritikan, namun prinsip tadbir urus yang baik perlu dipertahankan demi kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dan dakwaan kehilangan dana RM12 bilion yang menurutnya perlu disiasat secara menyeluruh bagi menentukan bagaimana kehilangan itu berlaku serta pihak yang bertanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cSaya kata duit hilang RM12 bilion. Macam mana hilang? Bila hilang? Siapa bagi hilang? Kamu siasat.<\/p>\n<p>\u201cAda siasatan, ada bukti, heret pergi. Ada bukti kuat, dakwa ke mahkamah. Kemudian serah kepada hakim,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, proses perundangan perlu dihormati kerana keputusan bersalah atau tidak bukan terletak pada dirinya sebagai Perdana Menteri, sebaliknya mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cDia tak salah, lepas. Dia salah, pergi Sungai Buloh, ke Kajang, ikutlah. Itu cara kita perintah tadbir,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan akan terus memastikan bantuan serta peruntukan yang disediakan sampai kepada rakyat yang layak dan tidak diselewengkan.<\/p>\n<p>Katanya, jumlah bantuan kepada rakyat mungkin bernilai ratusan atau ribuan ringgit, namun ketirisan membabitkan dana awam boleh mencecah jumlah jauh lebih besar.<\/p>\n<p>\u201cDulu, kadang orang atas itu, dia ambil banyak. Kalau hak dia tak apa. Ini kita nak bagi berapa? RM800, paling tinggi RM4,000. Tapi yang hilang, puluh ribu juta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar berkata kritikan tidak akan menghalangnya daripada meneruskan usaha membanteras ketirisan dan memastikan wang negara digunakan untuk kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya kata, makilah banyak mana pun. Saya gaji pun tak ambil.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak tunjuk, tak semua wakil rakyat, tak semua menteri, tak semua pemimpin duduk kerja nak ambil duit orang saja. Itu saja saya nak bagi mesej,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan wang negara yang berjaya diselamatkan daripada ketirisan dan salah guna perlu dikembalikan kepada rakyat supaya hasil negara dapat dinikmati golongan yang berhak. Menurutnya, kerajaan tidak boleh berdiam diri apabila berlaku kehilangan atau ketirisan dana awam, sebaliknya tindakan mesti diambil berdasarkan siasatan dan bukti. \u201cSaya nak sekat yang itu, ambil balik, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3809,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,996,18,506,24,21,128],"authors":[],"class_list":["post-14845","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-ketirisan","tag-pmx","tag-rakyat","tag-rasuah","tag-sprm","tag-wang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14845"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14845\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14846,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14845\/revisions\/14846"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3809"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14845"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}