{"id":14853,"date":"2026-08-29T10:34:30","date_gmt":"2026-08-29T10:34:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14853"},"modified":"2026-08-29T10:34:30","modified_gmt":"2026-08-29T10:34:30","slug":"banjir-nepal-55-rakyat-malaysia-masih-gagal-dihubungi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/banjir-nepal-55-rakyat-malaysia-masih-gagal-dihubungi\/","title":{"rendered":"Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi"},"content":{"rendered":"<p>\u200b55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dahsyat dan tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal, Rabu lepas, menurut Kementerian Luar.<\/p>\n<p>\u201cDua rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi telah berjaya dihubungi dan pengesahan bagi kes-kes selebihnya sedang dijalankan,\u201d menurut kementerian itu yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, dalam kenyataan terkini mengenai situasi di Nepal dan kawasan sekitarnya.<\/p>\n<p>Menurut Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Kathmandu terus bekerjasama dengan Pasukan Tindakan Kecemasan Kementerian Luar Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta pihak berkuasa tempatan berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cOperasi mencari dan menyelamat di Nepal masih diteruskan manakala pihak berkuasa turut memantau risiko kepala air dari Wilayah Autonomi Tibet, China,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Setakat 5 petang waktu Nepal (7.15 malam waktu tempatan) 28 Ogos 2026, Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal melaporkan 771 orang telah diselamatkan, termasuk 116 warga asing.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan senarai rasmi yang diperoleh setakat ini, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan warga asing yang diselamatkan,\u201d kata Wisma Putra.<\/p>\n<p>Wisma Putra memaklumkan pihaknya telah memperluas tindakan konsular bagi merangkumi rakyat Malaysia yang terkandas di China susulan gangguan perjalanan akibat bencana di Nepal itu.<\/p>\n<p>\u201cSekumpulan 72 rakyat Malaysia di Darchen, China, disahkan selamat dan berada dalam keadaan baik,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan kumpulan tersebut, dan ahli keluarga juga telah dimaklumkan mengenai keadaan mereka.<\/p>\n<p>\u201cKedutaan sedang memberikan bantuan konsular, termasuk sokongan bagi urusan perjalanan mereka untuk keluar dari Wilayah Autonomi Tibet, China,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berasingan, kementerian itu memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat daripada pihak berkuasa China dan ahli keluarga mengenai 36 rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak dapat dihubungi di kawasan yang terjejas akibat gangguan telekomunikasi.<\/p>\n<p>\u201cKementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China dan ahli keluarga untuk mewujudkan hubungan dengan individu terbabit.<\/p>\n<p>\u201cMaklumat tersebut juga sedang disemak silang dengan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal bagi mengenal pasti sebarang pertindihan sementara proses pengesahan dijalankan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya beroperasi 24 jam sejak Khamis bagi menyelaraskan maklumat serta membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan keluarga mereka.<\/p>\n<p>Rakyat Malaysia di kawasan terjejas, serta ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh menghubungi kementerian melalui saluran berikut:<\/p>\n<p>BILIK OPERASI KEMENTERIAN LUAR<\/p>\n<p>Nombor telefon: +603 8887 4570<\/p>\n<p>E-mel: dutyofficer@kln.gov.my<\/p>\n<p>Kementerian menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sah sementara usaha untuk memastikan keselamatan dan mengesan kedudukan rakyat Malaysia terbabit sedang dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cMaklumat terkini akan diberikan berdasarkan maklumat sahih yang diterima melalui saluran rasmi,\u201d kata kementerian itu, sambil menambah pihaknya terus memantau perkembangan situasi dengan teliti. \u2013 Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u200b55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dahsyat dan tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal, Rabu lepas, menurut Kementerian Luar. \u201cDua rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi telah berjaya dihubungi dan pengesahan bagi kes-kes selebihnya sedang dijalankan,\u201d menurut kementerian itu yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, dalam kenyataan terkini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14854,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1674,38,4825,1937],"authors":[],"class_list":["post-14853","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-banjir","tag-malaysia","tag-nepal","tag-wisma-putra"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14853","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14853"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14853\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14855,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14853\/revisions\/14855"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14854"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14853"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14853"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14853"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14853"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}