{"id":14861,"date":"2026-08-30T05:32:47","date_gmt":"2026-08-30T05:32:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14861"},"modified":"2026-08-30T05:32:47","modified_gmt":"2026-08-30T05:32:47","slug":"malaysia-hantar-smart-bantu-mangsa-bencana-di-nepal-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-hantar-smart-bantu-mangsa-bencana-di-nepal-pmx\/","title":{"rendered":"Malaysia hantar SMART bantu mangsa bencana di Nepal: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir besar serta tanah runtuh yang melanda negara itu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat Kerajaan MADANI sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Nepal yang terjejas akibat bencana berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), akan menyelaras gerakan pasukan SMART bersama kerajaan Nepal.<\/p>\n<p>\u201cPasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka,\u201d katanya dalam kenyataan pada Ahad.<\/p>\n<p>Selain bantuan operasi SAR, Malaysia turut akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta (RM4.01 juta) kepada Nepal bagi membantu mangsa bencana dan menyokong usaha pemulihan pascabencana.<\/p>\n<p>Anwar berkata, bantuan itu mencerminkan keprihatinan Malaysia terhadap keadaan rakyat Nepal yang kini berdepan kesan besar akibat banjir dan tanah runtuh.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar sebelum ini memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Daerah Rasuwa pada 26 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Bencana berkenaan turut menjejaskan kawasan sepanjang sempadan Nepal-Tibet dan mencetuskan operasi SAR berskala besar oleh pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n<p>Laporan media antarabangsa menyebut sekurang-kurangnya 675 orang terkorban setakat ini, dengan usaha mencari mangsa serta membantu penduduk terjejas masih diteruskan.<\/p>\n<p>Penghantaran SMART dijangka membantu memperkukuh usaha SAR, khususnya dalam mengesan mangsa di kawasan yang terputus hubungan serta memastikan rakyat Malaysia yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir besar serta tanah runtuh yang melanda negara itu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat Kerajaan MADANI sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Nepal yang terjejas akibat bencana berkenaan. Beliau berkata, Majlis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1711,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1674,944,4842,4825,18,4841],"authors":[],"class_list":["post-14861","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-banjir","tag-bantuan","tag-menyelamat","tag-nepal","tag-pmx","tag-smart"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14861","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14861"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14861\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14862,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14861\/revisions\/14862"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1711"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14861"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14861"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14861"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14861"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}