{"id":14865,"date":"2026-08-30T05:37:16","date_gmt":"2026-08-30T05:37:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14865"},"modified":"2026-08-30T05:37:16","modified_gmt":"2026-08-30T05:37:16","slug":"bn-tunggu-dun-melaka-bubar-sebelum-runding-kerjasama-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-tunggu-dun-melaka-bubar-sebelum-runding-kerjasama-zahid\/","title":{"rendered":"BN tunggu DUN Melaka bubar sebelum runding kerjasama: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) hanya akan memulakan rundingan rasmi mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh untuk menggerakkan rundingan berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cKita telah menyerahkan kepada Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh dan saya fikir beliau akan adakan perbincangan rasmi setelah Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Usahawan Desa pada Pameran MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, persiapan menghadapi PRN Melaka sudah dibincangkan bersama seluruh Biro Politik UMNO negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, hasil kajian serta data berkaitan keadaan politik dan sokongan rakyat turut dibentangkan kepada kepimpinan parti untuk penelitian.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak ada masalah daripada kajian data yang kita perolehi dan sebagaimana yang saya sebutkan itu mungkin diadakan perundingan sekarang, mungkin perbincangan tidak rasmi telah ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, BN menyerahkan kepada kepimpinan UMNO Melaka, khususnya Ab Rauf, untuk menentukan langkah seterusnya berkaitan bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN.<\/p>\n<p>Ab Rauf sebelum ini memaklumkan Melaka sudah bersedia menghadapi PRN, termasuk mengambil kira perkembangan politik semasa serta momentum sokongan rakyat di lapangan.<\/p>\n<p>Persiapan PRN Melaka turut menjadi antara agenda dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, dengan tumpuan diberikan kepada strategi parti dan perkembangan politik negeri.<\/p>\n<p>Kedudukan BN menjadi perhatian menjelang PRN Melaka susulan parti itu mempunyai beberapa pilihan, termasuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), mengadakan rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) atau bertanding secara solo.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka 2021, BN mencatat kemenangan besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) hanya akan memulakan rundingan rasmi mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh untuk menggerakkan rundingan berkaitan. \u201cKita telah menyerahkan kepada Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,549,409,824,192,103,146],"authors":[],"class_list":["post-14865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-bubar","tag-dun","tag-kerjasama","tag-melaka","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14865"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14866,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14865\/revisions\/14866"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14865"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}