{"id":14867,"date":"2026-08-30T05:39:47","date_gmt":"2026-08-30T05:39:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14867"},"modified":"2026-08-30T05:39:47","modified_gmt":"2026-08-30T05:39:47","slug":"amanah-johor-bidas-sanusi-amal-politik-maki-hamun-persoal-pas-berdiam-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-johor-bidas-sanusi-amal-politik-maki-hamun-persoal-pas-berdiam-diri\/","title":{"rendered":"Amanah Johor bidas Sanusi amal politik maki hamun, persoal PAS berdiam diri"},"content":{"rendered":"<p>Amanah Johor mempersoalkan pendirian PAS yang didakwa tidak mengambil tindakan atau memberikan teguran tegas terhadap kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.<\/p>\n<p>Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, jika PAS mahu dilihat sebagai parti yang membawa nilai dan prinsip Islam, pemimpin parti itu juga perlu ditegur apabila pertuturan mereka melampaui batas.<\/p>\n<p>Menurutnya, budaya mencaci, memaki dan mencetuskan kontroversi bukan ukuran keberanian seorang pemimpin.<\/p>\n<p>\u201cKeberanian sebenar ialah mampu berbeza pandangan dengan hujah, fakta dan adab, tanpa menghasut kebencian dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, Amanah Johor menyeru seluruh pemimpin politik supaya mengembalikan politik negara kepada budaya yang lebih matang dan berakhlak,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Aminolhuda yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, rakyat tidak memerlukan pemimpin yang berlumba-lumba mengeluarkan kata-kata kesat, sebaliknya mahukan kepimpinan yang mampu menyatukan masyarakat serta menyelesaikan masalah mereka.<\/p>\n<p>Katanya, kritikan terhadap kerajaan boleh disampaikan dengan tegas, namun batas adab, kesopanan dan penghormatan terhadap sesama manusia tidak seharusnya diketepikan atas alasan perbezaan politik.<\/p>\n<p>Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan Sanusi yang didakwa menggunakan bahasa kesat dan makian terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cPerbezaan politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghalalkan bahasa yang keterlaluan.<\/p>\n<p>\u201cAmanah Johor berpandangan tindakan sedemikian langsung tidak mencerminkan akhlak dan adab yang sewajarnya dimiliki seorang pemimpin, lebih-lebih lagi apabila beliau daripada sebuah parti yang membawa identiti Islam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam isu sama, Aminolhuda turut menyangkal dakwaan Sanusi yang mengaitkan Kerajaan Madani dengan isu perjudian.<\/p>\n<p>\u201cAmanah Johor juga menyangkal dakwaan Muhammad Sanusi yang menuding seolah-olah Kerajaan Madani di bawah pentadbiran Anwar yang memulakan judi, sedangkan lesen judi sudah wujud sejak zaman Malaysia merdeka. Kenapa PMX yang dipersalahkan?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu yang menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan berkaitan tindakan negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan.<\/p>\n<p>Mahkamah turut memerintahkan kerajaan negeri membayar kos RM50,000 selepas panel tiga hakim memutuskan Kedah gagal memenuhi ambang diperlukan bagi mendapatkan kebenaran merayu.<\/p>\n<p>Sanusi selepas itu didakwa menyalahkan Perdana Menteri berhubung keputusan mahkamah berkaitan lesen premis perjudian di negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Amanah Johor mempersoalkan pendirian PAS yang didakwa tidak mengambil tindakan atau memberikan teguran tegas terhadap kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, jika PAS mahu dilihat sebagai parti yang membawa nilai dan prinsip Islam, pemimpin parti itu juga perlu ditegur apabila pertuturan mereka melampaui batas. Menurutnya, budaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10470,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,3071,630,125,4543,126],"authors":[],"class_list":["post-14867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-aminolhuda-hassan","tag-johor","tag-kedah","tag-muhammad-sanusi-md-nor","tag-pas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14868,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14867\/revisions\/14868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14867"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}